Baru-baru ini, bertempat di pekan Rade, Jerman, kelihatan sebuah motosikal gergasi yang muncul dengan penuh bergaya di jalanraya sekaligus menarik perhatian masyarakat tempatan.
Ianya dihasilkan oleh seorang lelaki tempatan, Frank Dose berasal dari Schacht-Audorf iaitu sebuah pekan kecil yang terletak berham piran sempadan Jerman dengan Denmark.
Lelaki yang berusia 49 tahun ini, bertekad untuk memecah rekod Buku Guinness Sedunia atau Guinness Book of World Records mengenai motosikal terberat di dunia yang boleh dipandu.
Berat motosikal tersebut setakat ini telah mencecah 940 kilogram, tetapi Dose dikatakan masih tidak puas hati, dan sedang merancang untuk menambah lagi berat motosikal tersebut sehingga 1.2 tan.
Sebelum ini, rekod dunia untuk motosikal yang paling berat adalah 860 Kilogram dan pencapaian tersebut telah dicipta oleh jurutera dari Belgium iaitu Jeff Peeters pada bulan Mac lalu tahun ini.- CARI