View: 19197|Reply: 331
|
Baru Umur 8 Tahun Sudah Dilabel "Kafir" Oleh Rakan Sekelas Sebab Tak B
[Copy link]
|
|
Memakai tudung atau berhijab adalah satu kewajipan buat seluruh wanita Islam yang sudah akhil baligh.
Di dalam kitab suci Al-Quran surah A-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat bagi wanita muslim yang telah sampai umur. Antara ciri-ciri sudah akhil baligh bagi wanita adalah payudara semakin membesar, ukuran di bahagian punggung semakin lebar, tumbuhnya bulu ketiak/bulu kemaluan, kehadiran jerawat di muka, mimpi basah dan keluar haid.
Wanita yang sudah akhil baligh dan tidak bertudung sememangnya akan menanggung dosa namun bagaimana pula jika masih belum akhil baligh?
Kisah seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 8 tahun ini menjadi viral gara-gara dia dilabel "kafir" oleh rakan-rakan sekelas kerana tidak bertudung. Baca perkongsian dibawah ini.
Kredit foto - SAYS.com
Semalam bila adik perempuan saya balik ke rumah dari sekolah, dia berada dalam mood yang tidak baik. Dia tak nak makan dan dia tak nak bercakap dengan siapa-siapa pun walaupun Miko (teddy bear miliknya).
Bila suruh mandi, dia tak nak jugak. Tapi akhirnya adik saya terpaksa akur sebab ayah memaksanya untuk mandi. Selepas mandi, bila ibu meminta dia untuk makan, dia tak mahu. Dia kata tak ada selera nak makan.
Adik duduk dalam bilik sorang-sorang buat kerja sendiri, kemas buku, kemas barang, buat kerja sekolah, dan lain-lain. Tapi dia tetap tak nak bercakap dengan siapa-siapa yang ada dalam rumah. Dia layan pun macam nak tak nak je.
Adik tak bercakap dengan saya langsung yang mana saya rasa sangat memeranjatkan. Biasanya setiap kali dia balik rumah dia akan cerita semua benda yang dia buat di sekolah, walau perkara paling kecil sekali pun.
Contohnya sebelum ni dia pernah cerita kat saya belalang kawan dia kena pijak dan mati. Dia cakap pada saya betapa dia membenci rakannya itu sebab membunuh belalang dan macam-macam lagi. Dia tak akan berhenti bercerita.
Tetapi semalam sangat berbeza sebab adik begitu tenang dan pendiam. Jadi, saya dengan ibu bapa saya ambil tindakan untuk bertanya kenapa dia tak nak bercakap langsung dengan semua orang.
Adik terus menangis teresak-esak, tersedu-sedan, dan air matanya keluar mencurah-curah macam air terjun. Dia tak boleh bercakap dengan lancar sambil menangis. Kami begitu terkejut, panik dan rasa sangat takut.
Selepas dia berhenti menangis, barulah dia memberitahu kepada kami apa yang sebenarnya berlaku di sekolah yang membuatnya berkelakuan seperti itu.
Rupa-rupanya, ada seorang rakan sekelas adik yang menggelarnya seorang KAFIR dan TAK ADA AGAMA sebab adik tak pakai tudung seperti pelajar-pelajar Muslim lain dan sebab adik agak pendiam dalam kelas.
Rakannya bertanya, "Kenapa kau tak pakai tudung haa orang kafir? Kau tak ada agama ke?" dan terus memanggilnya "kafir kafir kafir kafir".
Sudah tentu adik saya marah dan sedih. Adik bertanya kembali, "Kenapa kau cakap aku kafir? Aku orang Islam lah!"
Rakannya kemudian membalas, "Sebab ayah aku cakap orang kafir je tak pakai tudung ni. Orang Islam pakai tudung". Adik saya naik marah dan terus berlalu pergi.
Kredit foto - SAYS.com
Adik saya baru berusia 8 tahun. Sedih sangat bila melihat seorang budak bersedih terhadap sesuatu hal yang mereka belum faham sepenuhnya. Tapi apa yang lebih menyedihkan - ibu bapa memberi persepsi yang salah tentang memakai tudung dan sesuka hati mengajar anak-anak mereka nilai yang salah seperti itu.
Adik saya memang tak bertudung tapi dia dah khatam Al-Quran satu kali dan sedang dalam proses untuk menghafal Surah Yasin. Walaupun tak bertudung, saya yakin adik saya ni jauh lebih bagus daripada anak perempuan kau tu.
Dia sebenarnya belum boleh memakai tudung lagi sebab ada ruam di lehernya. Memandangkan cuaca panas, dia tak boleh tahan dan tak bersedia lagi untuk memakai tudung. Lagipun, dia hanya 8 tahun!
Pakai tudung atau tak pakai tudung itu tidak menjadikan adik saya atau sesiapa saja seorang kafir. Tolong ajar anak-anak anda dengan perkara yang betul. Jangan sekadar tahu bercakap buruk mengenai orang tak pakai tudung.
Tolong jangan melabelkan seseorang itu kafir hanya sebab dia tidak pakai tudung. Itu satu cara yang sangat salah dalam mendidik anak-anak.
Dalam soal ini, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya tidak berlaku lagi salah faham tentang ilmu agama.
Ya, "melentur buluh biarlah dari rebungnya" atau jika hendak bertudung, perlu lah dididik semenjak dari kecil. Tetapi bagaimana pula jika masih kecil sudah pandai melabelkan orang lain kafir hanya kerana tidak bertudung diusia muda seperti ini? - CARI
Sumber - says.com/aaainiiin
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon ohkasah sendrose retweet kisah adik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak jenis jaga dosa pahala org lah ni sampai anak pompuan umur 8 thn pun dah pandai gelar org kaper. Macam sial! Anak aku klu biar pakai skirt takyah duk bungkoss kepala, umur 18 ikut suka takleh nak kata apa dah tp hrp takde le pilih bungkoss kepala lol |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg big deal sgt budak tu pun
budak2 kecik mmg ckp mcm2
dajjal pun ada tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sttingerattack at 30-8-2016 04:23 PM
Kalau singlemom4 yang dah beruban bulus, Yang bertudung litup boleh berkongsi kisah belalai mantan lakinya dan gimana cikkinya diperlakukan in an open forum......bagaimana islam itu ingin diperlihatkannya pada umum?
Anyone? |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 30-8-2016 04:19 PM
apa yg big deal sgt budak tu pun
budak2 kecik mmg ckp mcm2
dajjal pun ada tau
Betul...jgn ambil kira sgt ckp budak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
yada yada yada yada..
orang bertudung lagi jahat tak solat dan suka berzina..
orang tak bertudung lagi mulia dari yang pakai tudung tau..
anyway, ni bukan kisah hasanah kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
sumber asal dari blog non muslim. cerita rekaan tuanpunya blog.
|
|
|
|
|
|
|
|
org islam murtad sbb sikap islam juga |
|
|
|
|
|
|
|
cash la kan....kakak syak budak2 yg mengata tu keturunan rahim sewel aka stinggerrr |
|
|
|
|
|
|
|
azizahabdullah replied at 30-8-2016 08:23 AM
Betul...jgn ambil kira sgt ckp budak2..
actually parents budak ni yg kena play role utk pujuk anak dia
sekadar ckp2 budak kecik aje.. parents dia ni boleh kata yg budak2 tu tak faham pun maksud apa diorg ejek
mmg budak2 tu darjah 2 bukan faham kafir tu apa
yg dia sekali naik membebel dlm fb ig twitter kenapa? dasar keluarga mudah sentap. |
|
|
|
|
|
|
|
bila mak pak sibuk memahamkan anak2 psl dosa pahala dgn cara yg mcm ni.... so pity for them. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 gaduh pun nak jd isu. Bodoh punya penulis. TT wartawan cari pun sendu up cerita2 budak2. Baik wartawan cari buka thread pasal dirinya dihina forumer |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kafir dik non oi kalau xpakai tudung... (Mohon sentap) |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham dengan sikap orang Melayu. Mudah menglabelkan orang lain dengan perkataan buruk. Cara menegur tak ada diplomasi.
Berdasarkan pengalaman Dura yang baru bertudung (sorry cerita ttg diri sendiri pula)..... selepas 3 hari bapa meninggal dunia ...Dura terima message daripada seorang kawan....'awak sayang bapa kan..awak mesti pakai tudung kalau awak tak nak bapa terseksa dalam kubur...bapa awak tanggung dosa sebab awak belum berkahwin...lainlah kalau awak dah berkahwin '
Masa tu Allah sahaja tahu...dengan kesedihan disebabkan bapa meninggal dan terima message macam tu. Selepas itu, semasa kembali bertugas setelah bercuti....masuk je office...kawan2 pandang lain macam (dengan jelingan) sebab masih tidak bertudung.
Dan satu setengah minggu selepas itu, dengan ada kesedaran (bertudung adalah wajib).....Dura ambil keputusan untuk bertudung. Masa first day datang office dengan bertudung ...ada seorang senior staff berkata...'bagus u dah pakai tudung but why so late...why you take a long time... after your father passed away...' Aduhai nak nangis bila orang tegur macam tu....
Beberapa hari selepas bertudung, ada pula kawan-kawan yang suruh delete segera gambar dalam whatsapp dan fb. (Ambil berat betul kawan2 tentang dosa2 yang perlu Dura tanggung).
Bukanlah tidak boleh ditegur...tetapi cara macam tak kena.... dengan sindiran dan semua perlu dilakukan dengan tergesa-gesa
Dura pernah pergi kursus kaunseling...
Kaunselor pernah cerita....jika seorang mak mempunyai masalah dengan perangai anak.....kita sebagai kaunselor tak boleh cakap.....'u kena tengok diri u macamana dulu...solat cukup ke idak...' Ini akan menyebabkan mak tersebut akan semakin terbeban dengan masalah....
|
|
|
|
|
|
|
|
kenkadang masalah mcmnii tak boleh dipandang ringan... sbb budak2 sekarang x sama mcm budak2 dulu..kalau dulu...diejek..kita pakat ejek semula...
budak skrg ..taknya melawan..dia pendam..dan x pandai nak smash balik..selalu akan murung dan start menyendiri...
pengalaman aku sbg mak ... anak aku pernah dipanggil anak cina bodoh..anak cina kafir...memandangkan laki aku mualaf...dan ini berlaku di sekolah agama..yg mana patutnya sebagai umat islam..kita sepatutnya menghormati mana2 agama...
x ke memalukan..nama ja sekolah agama..tp akhlak hancur.. baru umur 8-9 tahun menggunakan sentimen agama...darimana anak2 kecil ini belajar?..dari makbapak yg takreti mengajar...
hormati dan jgn gunakan sentimen agama..islam tu indah..tp yg merosakkan islam tu ..umatnya sendiri jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 mmg ada budak2 gitu,mulut cabul sbb mak pak jenis xajar adab.
Suka cara hassan din cakap cucu dia kecik xda suruh tutup aurat bagai.kawan sek darjah 2 xpuasa kena ejek..seharusnya boo kn aja fanatik agama mcmni.sbb selagi xbaligh xwajib pun. ni anak baru 3,4tahun pakai gown senteng dgn tudung sarung.nak ajar anak tutup aurat tp failed cara pengenalannya.aku mmg dh ajar sorg anak buah masa kat sunway lagoon nmpk org pakai seksi nk ish2 bercakap-cakap..aku dok bgtau islam tu suruh tutup aurat bukan bertudung,kalau diri sendiri bertudung tp xsempurna tutup aurat ketat2 kat badan.pakai tudung tp lengan pendek..baik xpayah sibuk hal org buat malu oi hakikatnya kau sama xtutup aurat.
|
|
|
|
|
|
|
|
lu plak sampai tua pakai cam sial....salah mak pak tarak tau ajar anak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan yang bertudung kadang2 jauh lebih kafir dari yang kafir.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak pak lu lagi celaka....tarak tahu ajar lu...akhirnya lu dah jadi sundal main 100 batang lelaki.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|