|
Oleh Izzah Abbasy
Makan epal untuk diri sendiri pasti tak susah dan tidak hairan langsung jika epal bertukar lebam selepas digigit atau dipotong. Janji makan. Betul tak?
Tetapi menjadi tak 'best'nya jika kita hidangkan kepada tetamu. Malu pun malu. Bila epal sudah kelihatan keperangan atau lebam, nampak seperti epal buruk. Sedangkan epal tersebut baru sahaja dibeli.
Jadi, bagaimana cara mudah untuk mengelakkan dari epal lebam selepas dipotong? Ikut tip yang telah disediakan. Selamat mencuba!
1. Air Garam
Sediakan semangkuk air dan tambah secubit garam, kemudian rendamkan epal yang telah dipotong ke dalam air tersebut.
2. Madu
Campurkan dua sudu madu dengan segelas air. Kemudian, rendam epal yang telah dipotong ke dalam ke dalam air tersebut.
3. Jus lemon
Perah lemon ke dalam air dan rendam potongan epal itu ke dalam air tersebut selama beberapa minit. Kemudian toskan sebelum dimakan.
|
|