|
Oleh Izzah Abbasy
Jika di Malaysia, ramai warga asing daripada Nepal. Warga asing dari Myanmar, Indonesia, Pakistan, Bangladesh umum mengetahui negara mereka bagaimana dan semestinya mempunyai tempat-tempat menarik. Jadi, nak jugalah tahu kan, apa yang menarik dan 'best' yang ada di negara Nepal.
Nepal merupakan negeri beraja dan satu-satunya negara yang menjadikan agama Hindu sebagai agama rasmi. Nepal merupakan sebuah negara dikelilingi daratan di Himalaya, Asia Selatan yang menyempadani China (Tibet) di utara, serta India di selatan, timur, dan barat.
Nepal mempunyai lapan daripada 14 buah gunung yang tertinggi di dunia yang menjadi kemegahannya, termasuk Gunung Everest di sempadannya dengan China. Kathmandu ialah ibu negara serta bandar rayanya yang terbesar. Bandaraya-bandaraya utamanya yang lain termasuk Bharatpur, Biratnagar, Bhairahawa, Birgunj, Janakpur, Pokhara, Nepalgunj, dan Mahendranagar. Asalnya nama Nepal tidak pasti, tetapi pemahaman yang paling umum ialah perkataan ini berasal daripada Ne (suci) dan pal (gua).
Oleh itu, jom sama-sama kita lihat tempat-tempat di Nepal. Betapa cantiknya 10 tempat tersebut. Buat anda yang kaki travel atau pengembara apa tunggu lagi, jadikan Nepal sebagai destinasi seterusnya. - CARI
1. Phoksundo Lake – Dolpa
2. Rara lake – Mugu
3. Upper Mustang – Kingdom of Lo
4. Dolpo – Dolpa
5. Tilicho Lake – Manang
6. Gosaikunda Lake – Rasuwa
7. Sarangkot – Pokhara
8. Annapurna Base Camp
9. Phewa Lake – Pokhara
10. Poon Hill – Myagdi
|
|