CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2452|Reply: 2

Enggan hipokrit, Uqasha Senrose cabut tudung lepas tiga tahun

[Copy link]
Post time 29-8-2016 04:23 PM | Show all posts |Read mode







              


Uqasha Senrose kini kembali kepada imej asalnya tanpa memakai tudung. ― Foto ihsan Instagram/Uqasha SenroseKUALA LUMPUR, 28 Ogos ― Pelakon Uqasha Senrose mengakui kini kembali kepada imej asal selepas tiga tahun memakai tudung, mengakui bahawa beliau tidak berfikir panjang ketika mula berhijab.

Uqasha, 23, dilapor Berita Harian berkata dirinya tidak berniat untuk mempersendakan agama dan merasakan diri lebih munafik, atau hipokrit, jika terus bertudung.

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi.

“Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya yang kini tampil dengan berambut perang sambil berselendang.

Eksklusif: Uqasha Senrose mengaku buka hijab


Selanjutnya di : https://t.co/bmVxSJIp18 pic.twitter.com/FXjR3DHmp1

— Berita Harian (@bharianmy) August 28, 2016

Pelakon teater “Ombak Rindu” itu mengakui beliau tidak berfikir panjang ketika mahu mula tampil dengan imej bertudung dan sejak itu imannya dikatakan sering rapuh.

“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten.

“Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang,” kata Uqasha.

“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.



“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” tambahnya.

Bekas kekasih pelakon Pekin Ibrahim itu sebelum ini pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand tersebar di internet.

Para ulama Islam masih berbalah tentang aurat wanita, namun ramai menganggap bahawa aurat wanita di depan bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan.

              



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoooo ..... masukkk bod viral tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056226 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list