View: 2265|Reply: 7
|
Perisian Robot Automatik Pertama Di Dunia, Octobot!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://en.francais-express.com/
Baru-baru ini, penyelidik di Universiti Harvard Amerika Syarikat menghasilkan robot berbentuk sotong yang dinamakan Octobot dan ianya merupakan Perisian Robot Automatik yang pertama di dunia.
Walaupun robot sotong ini masih tidak berapa lincah pergerakannya, tetapi pada masa akan datang ianya boleh digunakan untuk kerja-kerja menyelamat atau membantu dalam proses pembedahan yang menyukarkan.
Menurut BBC, penyelidik Harvard menggunakan getah silikon dan dengan kaedah 3D percetakan untuk menghasilkan sotong tersebut.
Dalaman sotong mengandungi sistem pneumatik, menerusi tindakbalas kimia yang wujud antara peroksida dan zarah Platinum, maka pergerakannya tidak memerlukan kuasa bateri pun boleh berfungsi.
Setakat ini, lapan sesungut sotong itu boleh slaing diangkat dengan pergerakan yang agak lambat.
Pergerakan itu walaupun ringkas, tetapi pasukan penyelidik telah menghabiskan beberapa tahun menjalankan penyelidikan, barulah berjaya 'menghidupkannya'.
Mereka menggunakan pelbagai jenis bahan untuk membuat kajian agar membolehkan sotong tersebut bergerak, sehingga tahun lepas bulan Oktober barulah ada pencapaian di peringkat awal, dan usaha penambahbaikan akan diteruskan dari masa ke semasa.- CARI
sumber foto: http://en.francais-express.com/
sumber info: en.francais-express.com |
|
|
|
|
|
|
|
semakin maju ke tak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat nya ada vid dia ke tak ?tolong kawan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya manusia pun di cipta menggunakan RND teknologi. |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih nak sotong juga mesti penciptanya kuat makan sotong asal jangan geng sotong sudah |
|
|
|
|
|
|
|
teknologi baru mmg nmpk mengarut, sama jgk dgn teknologi zaman dulu kereta pertama dicipta pun terlihat bangang jgk tp bila kita tgk teknologi zaman skrg siap dah ada kereta tanpa pemandu lg... jgn pandang rendah sgt.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq2 menarik wow...vd kedua tu pasal apa perbezaan apa tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|