oleh Adib Za
Terpesona dengan lautan bunga yang bersinar pada waktu malam. Terasa seperti di awang-awangan dan persis di luar negara.
Namun, jangan terkejut jika dikatakan lautan bunga LED ini hanyalah di Serdang, Selangor.
Projek yang dipanggil Light Sensation ini bakal menyaksikan 30,000 kuntum bunga ros LED di pasang dan disusun, sebagai salah satu langkah untuk memecahkan rekod dunia sekaligus layak dinobatkan dalam Guinness World Records!
Projek kerjasama bersama Malaysia Agro Exposition Park (Maeps) Serdang ini bakal berlangsung pada 7 September hingga 17 September 2016.
Harga tiket pula tersangatlah murah iaitu RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Anda boleh mendapatkan tiket di 7 eleven sekitar Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan.
Jom baca seisi keluarga ke ladang bunga ros LED terbesar di dunia ini! - CARI
Sumber foto: LightSensation.com.my
|