View: 1606|Reply: 0
|
Isteri Janganlah Berkasar Dengan Suami, Kerana..
[Copy link]
|
|
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah Wanita Solehah". [Hadis Riwayat Muslim]
Wanita Solehah adalah isteri yang menyenangkan, mendamaikan dan menteteramkan hati apabila di pandang.
1. Isteri yang taat pada perintah Allah dan rasulNyaIsteri yang taat pada Allah dan Rasulnya akan membawa rumah tangga menuju syurga, menuju ketenteraman. Rumah tangga yang tenteram, nyaman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumah tangga yang dinahkodai suami yang soleh didampingi isteri yang solehah akan menjadikan rumah tangga itu barokah, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah, mendapat redha dan rahmat Allah
2. Isteri Jangan suka berleterTugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumah tangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluannya, menjaga perasaan suaminya jangan sampai suaminya terluka kerana sikapnya.
Isteri yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan akan menjadi teman yang baik dalam mewujudkan rumah tangga yang sakinah dan menarik hal-hal positif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.
Leteran yang berpanjangan akan menyebakan suami resah dan rimas. Lama-kelamaan ia boleh mengakibatkan pergaduhan dan suami cepat merubah hati. Selepas berkahwin, lelaki mencari ketenangan melalui isterinya. Maka jadilah isteri yang di senangi suami.
3. Isteri yang sentiasa menunaikan hajat suami (Di bilik tidur)Memetik kata-kata daripada Al Fadzil ustaz Azhar Idrus, orang perempuan kalau nak pahala banyak, banyak kali beranak. Tercucuk selumbar sahaja dapat pahala. Jika bergelar muslim, mengandung pun dapat PAHALA, apatah lagi orang perempuan bertarung nyawa untuk melahirkan anak dapat PAHALA berlipat kali ganda.
Layanilah kehendak syahwat suami selagi mana ia tidak bertentangan dengan islam. Ia bukan sahaja memuaskan nafsu suami semata-mata tetapi memberikan suntikan semangat kepada suami untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan lebih harmoni.
4. Hargai pengorbanan suamiIsteri yang mahal menurut pandangan islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat dan kemuliannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.
Isteri yang menerima pemberian suami dengan ikhlas di mana isteri yang tidak pernah mengeluh biar apapun rezeki yang di bawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apa sahaja pemberian suami kepadanya. Yang banyak di syukuri, yang sedikit pun diterima dengan ikhlas.
Isteri seperti ini adalah isteri yang mensyukuri rezekinya. Allah sudah menjanjikan bahawa jika kita bersyukur, Dia akan menambah rezeki kita. Isteri yang bersyukur dan ikhlas rezekinya sentiasa bertambah baik dengan izin Allah.
5. Sentiasa menghargai sifat positif suamiIsteri janganlah berkasar dengan suami yang baik dan soleh. Kerana bidadari di syurga akan terus berdoa semoga suaminya itu cepat masuk syurga dan berkata binasalah kepada wanita itu (yang mengasari suaminya).
HR Bukhari meriwayatkan bahawasanya, sekiranya ada seorang wanita penghuni syurga, yang menampakkan dirinya ke bumi, nescaya ia akan menerangi kedua ufuknya serta memenuhinya dengan semerbak aroma. Kedatangannya benar-benar lebih baik daripada dunia dan seisinya.
6. Taat kepada suami (selagi mana tidak bertentangan ajaran islam)Dan ketahuilah para isteri bahawa isteri yang dimuliakan Allah adalah isteri yang menghormati suaminya. Berbahagialah muslimah solehah yang mentaati suami dalam lindungan ketaatan kepada Allahu Ta’ala sebagai buah kecintaanNya kepada Allahu Ta’ala.
7. Berhias dan menjaga keterampilan diri hanya untuk suamiFirman Allah..
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakainya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani” (Al-Ahzab : 59)
Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu (lelaki), tidak keluar rumah sekiranya tiada perkara penting.
Berhiaslah ala kadar sahaja apabila di jalanan tanpa suamimu dan berhiaslah secantiknya di hadapan suamimu, kerana itu lebih baik dan menyenangkan hati suamimu.
8. Cinta tanpa syaratCintailah suamimu dengan seikhlas hati tanpa sebarang syarat dan mengahrapkan balasan. Memetik mutiara kata bahawa teman paling baik adalah yang engkau amat percaya padanya dan kau tenang bila bersamanya. Dia tempatmu berbagi kelelahan dan kesedihan dan dia takkan pernah menjual rahsiamu.
9. Memuji suami dihadapan anak-anakMemuji suami biar berpada-pada. Suami bukan minta untuk di banggakan atau di puji di hadapan orang ramai. Cukup sekadar pujian ikhlas seorang isteri terhadap suami sebagai tanda anda menghargai suamimu yang seharian keletihan mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada keluarga.
Pujian ikhlas akan membakar semangat suami sekaligus menghidupkan api-api kecintaan suami terhadap isteri. Isteri yang sentiasa mengucapkan kata-kata manis, mendoakan yang baik-baik dan sering memuji suaminya akan menjadi penyejuk hati suami.
Anak-anak yang sentiasa mendengar kata-kata indah daripada ibunya terhadap ayah mereka akan membina jalinan kasih sayang antara satu sama lain. Anak-anak juga akan mencontohi sikap baik ayah mereka yang sering disebut-sebut oleh ibu. Peranan isteri di sini adalah untuk meyakinkan anak-anak bahawa ayah merekalah ketua keluarga yang terbaik untuk di contohi.
10. Mempamirkan kasih sayang dan kemanjaan hanya pada suamiSuami mendambarkan seorang isteri yang penyayang, lemah lembut, sopan santun, menghormati kedua ibu bapanya dan dirinya serta yang pandai bermanja dengan nya.
Janganlah kamu wahai isteri-isteri yang solehah meliuk lentokkan tubuhmu dan suaramu di hadapan lelaki yang bukan suamimu kerana setiap kemanjaan itu adalah hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Haram hukumnya untuk lelaki bukan ajnabi.
Jagalah setiap buitr perkataanmu, dan nada merdu suaramu supaya tidak menjadi dambaan dan kerinduan lelaki selain suamimu. Jadilah isteri yang mahal harga dirinya dan sebagai penyejuk hati suamimu.
...
sorry kalo dah ada.. boleh delete
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|