Gegaran gempa bumi sekuat 6.8 magnitud telah melanda Yangon, Myanmar kelmarin.
Jabatan Ukur Geologi AS (USGS) melaporkan gegaran akibat gempa tersebut yang melanda pada kedalaman 84 kilometer turut dirasai di ibu negara Thailand, Bangkok dan Bandar Kolkata di India.
Difahamkan pusat gempa dilapor terletak berdekatan Chauk, sebuah bandar di Sungai Irrawaddy beberapa ratus kilometer di barat laut ibu Negara Myanmar, Naypyidaw. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Gempa bumi sememangnya sering berlaku di Myanmar, namun tidak pernah terjadi gempa besar sejak 2012.
Kali terakhir Myanmar dilanda gempa adalah di wilayah berdekatan pada April lalu yang hanya menyebabkan kemusnahan kecil dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- CARI