|
oleh Adib Za
Tempat makan yang satu ini dulu katanya merupakan gerai tepi jalan sahaja, namun kerana menu yang dibawakan ada kelainan dan mendapat sambutan kini mereka telah membuka sebuah kafe di Seksyen 7 Shah Alam.
FoodJunkies ini merupakan kafe yang harus anda kunjungi jika gemarkan makanan Barat dan moden. Dari segi harga memang sangat berbaloi, anda boleh mendapatkan hidangan pasta dengan hanya RM5 sahaja.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan masakan Melayu dan juga set lunch yang sangat berbaloi setiap hati pada jam 11 pagi hingga 3 petang.
Jika anda tak mahu menu berat, terdapat banyak pilihan menu ringan seperti churros, oinion ring, chicken wing, salad dan juga meatball. Senarai menu yang agak pelbagai dan bervariasi kan!
Alamat
FoodJunkies
2-12-01 Worldwide@7,
Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7
Shah Alam
Waktu operasi
Isnin - Khamis, Sabtu
11 pagi - 12 malam
Jumaat
3 petang hingga 12 malam
(Tutup Ahad)
Facebook
https://www.facebook.com/foodjunkshahalam/ |
|