CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2000|Reply: 5

[Dunia] Letupan Bom Di Ankara Pada Majlis Perkahwinan 50 maut, 94 cedera

[Copy link]
Post time 22-8-2016 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 22-8-2016 11:27 AM

Oleh Izzah Abbasy

Ankara : Kegembiraan pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar tragedi di Gaziantep, Turki.

Sekurang-kurangnya 50 maut dan 94 lagi cedera dalam serangan bom lewat Sabtu malam pada satu majlis perkahwinan di bandar itu.

Angka itu meningkat daripada jumlah awal sebanyak 22 dan kemudiannya 30 kematian sebelum ini.

Letupan yang berlaku secara tiba tiba menyebabkan beberapa tetamu majlis cedera. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Lokasi serangan berhampiran sempadan Syria.

Sementara itu, pemimpin tempatan, Mehmet Erdogan pula melaporkan pengebom bunuh diri bertanggungjawab meletupkan bom tersebut.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa, seorang pengebom bunuh diri berusia sekitar 12 hingga 14 telah bertanggungjawab ke atas serangan bom pada satu majlis perkahwinan di bandar Gaziantep, Turki.

"Letupan itu adalah hasil daripada seorang pengebom bunuh diri yang berusia antara 12 hingga 14 yang sama ada diletupkan sendiri atau diletupkan orang lain,"
kata Erdogan pada sidang media di Istanbul pada Ahad.

Recep Tayyip Erdogan berkata kumpulan pengganas Daish dipercayai menjadi dalang utama serangan bom yang menyasarkan majlis keramaian yang dihadiri ramai tetamu daripada bangsa Kurdi.



















Sumber : Astro Awani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ugama apa sis?

Takziah semoga dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 11:21 AM | Show all posts
tengah gumbira-gumbira,...kabommmmmm...hancur bersepai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala2 london has fallen la ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 22-8-2016 11:21 AM
Ugama apa sis?

Takziah semoga dicucuri rahmat.

Agama apa lagi sis klu bukan religion of peace nan satu tu, agama lain mana Ada se peace ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:26 PM | Show all posts
innalillah.. takziah pada mangsa terlibat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.130235 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list