|
|
oleh Adib ZA
Nampaknya penyanyi sensasi Justin Bieber telah menemui buah hati yang terbaharu dalam hidupnya. Aww!
Bintang pop itu dilaporkan telah menghabiskan masa selama lebih kurang seminggu penuh dengan anak perempuan kepada penyanyi lagenda Lionel Richie, iaitu Sofia Richie.
Sofia yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-18 pada hujung bulan ini, dilihat bersama dengan Bieber di Laguna Beach dan kediaman penyanyi lagu Sorry itu di Toluca Lake.
Meskipun kedua-duanya masih belum memberikan apa-apa kenyataan tentang hubungan mereka, namun foto mereka menghabiskan masa dan berpegangan tangan telah membuatkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat menerusi laman sosial.
Apa pendapat anda tentang hubungan kedua merpati sejoli ini? Adakah kehadiran Sofia mengingatkan anda dengan bekas kekasih Bieber, Selena Gomez? - CARI
 Foto: Mirror UK
|
|