CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2403|Reply: 7

'Rawatan Baharu' Menjadi Trending Di Rio 2016, Rupanya Adalah Bekam

[Copy link]
Post time 10-8-2016 07:03 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Selain kejayaan para atlet dalam sukan Olimpik Rio 2016, salah satu perkara yang menjadi trending di situ ialah cara 'rawatan baharu' untuk atlet yang bertanding.


Rawatan yang dianggap baru oleh masyarakat di sana dan juga di dalam sukan Olimpik itu sendiri, sebenarnya adalah salah satu cara rawatan Islam yang datangnya dari tradisi Timur Tengah. Pengkaji juga sebelum ini pernah mendapati masyarakat di China dan Greece turut menggunakan rawatan yang sama sejak tahun 1500 sebelum Masihi.


Atlet renang, Michael Phelps dilihat telah mengaplikasikan 'rawatan' tersebut yang sebenarnya turut sinonim di Malaysia, selain negara Arab sendiri, iaitu berbekam.


Selain itu, team gymnast dari Amerika Syarikat, Alex Naddour turut dilihat menggunakan rawatan bekam itu ketika di Rio.






Foto: NBC New York






Ya, mereka menggunakan rawatan berbekam di Rio 2016! Satu fakta menarik, bukan? Dalam bahasa Arab, bekam dikenali dengan nama 'hijama' yang menggunakan mangkuk atau gelas kaca pada bahagian yang sakit di badan.


Kemudiannya, rawatan bermula dengan memanaskan mangkuk tersebut atau pun menyedut agar mewujudkan situasi vakum. Situasi ini akan menarik bahagian kulit daripada otot dan menggalakkan oksigen dibebaskan pada bahagian tersebut.


Phelps yang telah memenangi 19 medal emas setakat ini dalam kariernya, kelihatan bekas-bekas lebam pada bahu kanan. Ini membuatkan ramai yang bertanya sama ada dia mengamalkan rawatan 'sunnah' tersebut.






Foto: Health Nut News







Dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad s.a.w memang sangat mengesyorkan seseorang itu menjalani rawatan berbekam kerana ia mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit.


Bagaimana, jika atlet bertaraf dunia pun percaya dengan kehebatan berbekam, takkan kita masih mahu menafikan kelebihan sunnah nabi ini.  - CARI  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:07 PM | Show all posts
Rasanya dah ada penjelasan dari pihaknya yang ia hanya buat bekam angin seperti yang selalu dibuat pembekam dari China tampa perlu mengeluarkan darah macam yang selalu dibuat disini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:26 PM | Show all posts
geng bekam dah boleh print testimoni phelps ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
semlm nmpk bulat2 kat bdn phelps igtkn tatu
apeke pelik benorr tatu die ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Atlet2 tu buat bekam angin je kot.bekam darah maybe advisor diorang x izinkan.takot effect test darah dan performance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2016 04:40 AM | Show all posts
yg pnting perenang2 lain terkejut..katanya ada atlet2 dr negara lain yg takut tgok bekas bekam tu. ada yg x nak beranang sekali dgn phelps. takut berjangkit... lol... ada yg pikir ingat phelps kena serang dgn octopus...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 09:43 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.128610 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list