CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8450|Reply: 66

Sedih betul dah nak kahwin sekali batal gara2 syarikat katering

[Copy link]
Post time 9-8-2016 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Setiap pasangan sudah pasti akan ternanti-nanti hari mereka akan disatukan iaitu hari akad nikah dan majlis kenduri akan diadakan selepas itu, orang ramai akan dijemput untuk memeriahkan majlis terutamanya kenalan dan saudara mara jauh dan dekat.


Namun kami menerima satu inbox yang panjang dari seorang insan, terkelu admin membaca, hari ayng dinanti-nantikannya bertukar tragedi, majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara pihak katering yang menyediakan makanan dan persiapan dewan perkahwinan tidak muncul tiba pada tarikh ditetapkan.


Menurut beliau, mereka telah menghilangkan diri tanpa berjaya dikesan, bagai jatuh ditimpa tangga, mahlis tidak jadi, wang lesap dilarikan pihak katering dan lebih memilukan maruah keluarga pengantin tercalar gara-gara sikap hina manusia seperti ini.


Jom kita baca luahan yang diterima kami ini.




Assalammualaikum Siakap Keli...mohon jasa baik sekiranya cerita saya ini dapat dikongsi kepada para pembaca Siakap Keli. Bukan tujuan untuk mendapatkan publisiti jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa. Atas kebenaran daripada empunya diri serta rasa belas ihsan seorang kawan, saya mengharapkan cerita ini dapat diviralkan untuk menjadi pengajaran kepada semua supaya perkara sebegini tidak akan berlaku kepada orang lain yang sedang merancang untuk menempuh hari bahagia mereka.


Alkisahnya, hari ini tanggal 6/8/2016 sepatutnya merupakan hari yang paling gembira buat pasangan pengantin, Ain dah Nizam. Saya sebagai kawan Ain turut tidak terkecuali untuk dijemput hadir bagi menyambut hari bahagia mereka itu.


Namun, segalanya bertukar menjadi tanda tanya sebaik sahaja saya tiba di luar dewan yang sepatutnya menjadi lokasi majlis perkahwinan mereka pada hari ini.


Dewan yang seharusnya meriah dengan suasana majlis serta kehadiran ramai tetamu sebaliknya nampak suram dengan hanya beberapa buah kereta yang diparkir di luar dewan.


Apabila diteliti, ada beberapa keping kertas yang digantung di pagar dewan berserta tulisan 'HARAP MAAF...MAJLIS PERKAHWINAN AIN & NIZAM DIBATALKAN...'.


Niat ingin terus beredar segera dibatalkan kerana terlihat kelibat pasangan pengantin di perkarangan dewan dengan hanya memakai pakaian biasa sahaja. Beberapa orang lain turut berkumpul di perkarangan dewan tersebut dengan wajah yang sunggul.


Langkah kaki diatur juga memasuki perkarangan dewan tersebut. Kelihatan ibu pengantin perempuan sedang duduk lesu di atas kerusi sambil ditenangkan oleh beberapa wanita berusia yang lain.

''Apa yang berlaku??'' Terus sahaja saya bertanya kepada Ain tanya memberi sebarang mukadimah atau salam.


Ain memeluk saya dan berulang kali memohon maaf kerana tidak sempat untuk memberitahu saya tentang pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Saya cuba menenangkan Ain yang tidak dapat menahan diri daripada menangis.


Menurut Ain, majlis tersebut dibatalkan kerana pihak catering tidak hadir seperti yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, hampir keseluruhan majlis tersebut sepatutnya disediakan oleh pihak catering termasuklah pakej pelamin.


Lebih menyedihkan apabila pengurus catering itu juga gagal dihubungi dan langsung tidak dapat dikesan pada pagi sebelum majlis perkahwinan tersebut.


Sejumlah wang anggaran RM10k yang dilaburkan kepada pihak catering hilang begitu sahaja. Itu tidak termasuk kerugian-kerugian lain yang terpaksa ditanggung kerana majlis tersebut dibatalkan. Walhal sehari sebelum majlis perkahwinan, pengurus catering  itu masih dapat dihubungi seperti tiada perkara buruk yang bakal terjadi.


Sudahlah tiada majlis perkahwinan, pihak pengantin dan keluarga juga terpaksa menebalkan muka dan menanggung malu apabila terpaksa menerangkan perkara sebenar kepada para tetamu yang tidak putus-putus datang dari jauh kerana tidak tahu mengenai berita pembatalan majlis di saat-saat akhir itu.


Susulan daripada peristiwa itu, pihak pengantin akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak catering tersebut termasuklah membuat laporan pihak polis serta menfailkan saman kerugian kepada pihak yang terlibat.


Mohon jasa baik pihak Siakap Keli sekiranya dapat menyiarkan perkongsian cerita saya di atas.. Terima kasih...


-
Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 05:23 PM | Show all posts
kwajaq punye syarikat catering..
Harap dapat ahh buat report polis ke, kpdnhek ke, sapa2 ahh..
biarkan orang mcm ni kena tangkap..
takleh buat bisnes, takleh kacau hidup orang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 05:48 PM | Show all posts
nak viral tu, bagitau la apa nama owner catering dan company supaya orang tak terkena..
takat viral cam ni buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Katering mana ni? Macam mana boleh tertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 06:06 PM | Show all posts
patut kena tipu, lurus bendul sangat..

dah jadi macam ni, alang2 nak viral, sebutkan nama n alamat caterer tu,
kalau boleh sekali dengan muka2 n no tefon
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 06:39 PM | Show all posts
Betul kalau nak bantu yang lain agar jangan tertipu elok bagitahu saja siapa mereka2 yang terlibat tu semoga tak ada yang akan jadi mangsa sepertinya.  Kedua sebelum bersetuju dengan mana2 pihak yang menawarkan perkhidmatan sebegini elok periksa dulu latarbelakang mereka.  Kalau boleh dapatkan feedback dari mereka2 yang pernah berurusan dengan mereka demi mengelakan penipuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ntahnye..suruh viral. tp takde plak disebut nama cateringnye
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pada resit yg disertakan. Nama catering tu Purple Lavender Catering
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 07:05 PM | Show all posts
Lain kali kena tgkap gambar dgn org yg kita deal with..sng nak viral kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat btoi katering tu dok buat naya kat org :::
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 08:35 PM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa 2-3 hari sebelum majlis diaorg ni xpegi jengah dewan dah mula pasang kerusi meja pelamin bagai?

Macam pelik bila sehari sebelum pihak pengantin tak pegi dewan tolong tengok2kan..
Memang kesian dengan pengantin..dulu kawan aku ada kes macam ni.. masa kenduri kawen beli ayam goreng dekat kedai mamak saja untuk jamu orang datang
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah jugak pergi kenduri kawen.. makanan tambahan tak sampai2 kat dewan .. kesian sungguh.. malu je dia.. mintak maaf pada semua tetamu yang tunggu makanan. ada yang dapat makan.. ada yang tunggu.. ada yang balik.. lepas salam2 kaut..aku rasa tetamu bukannya nak marah. tapi kesian kat tuan rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde bukti yg lain ke? Gmbr2 ke? Nape aku rasa mcm cite rekaan je. Harap2 yg tulis ni bukan pasukan kak hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 02:38 AM | Show all posts
huhuh kesian kat pengantin baru dan kluarga pengantin.. mmg dajal betul yg menipu org.. tngok laaa rezeki tu makin mahal buat penipu tu.. silap haribulan ada mati katak  nnt
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:25 AM | Show all posts
Kuang Ajo katering cengini...kot nak menipu pn..apa brg 10K...
Dah alang2 nak menipu..cer bawak larik yg bernilai  RM1juta tu...baru btol2 penyamun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 09:07 AM | Show all posts
Simpati dengan pasangan pengantin itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sangat.

Lagi satu selain takut mcmni jadi,korang jangan pernah bayar habis sebab janji2 dia.tunggu dh habis majlis baru bayar

Ada kdg2 katering ni tamak ambil banyak2 tempat dan hasilnya hampeh.kawan aku kawin lauk banyak rasa hangit ,ayam hancur.kesian sangat.jd jgn bayar habis tengok dlu hasil
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:16 AM | Show all posts
teringat masa aku kawen dulu.. mak andam tak smpai2 dh lewat dr time yg dh deal.. aku kol2 xangkat. memang hawau sungguh. smpai mak aku kata takyah mekap. gila apa nk p nikah muka pucat lesu cmtu. tak lama pastu dia smpai. alasan semalam makan ubat selsema.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 9-8-2016 04:06 PM
Xde bukti yg lain ke? Gmbr2 ke? Nape aku rasa mcm cite rekaan je. Harap2 yg tulis ni bukan pasukan k ...

Kekadang seronok juga tak ada masalah kita cipta masalah. Bak kata sammy value. " kalau tak boleh pergi matahari waktu pagi. Kita pergi malam"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.130836 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list