oleh Adib Za
Bila musim buah mangga sedang berputik dan menjadi rebutan, siapa yang tak mengidam dengan kemanisan isi buah tersebut, kan.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang, buah mangga terutama kulitnya mempunyai manfaat sangat menakjubkan pada kulit.
Kulit mangga dipercayai mampu meremajakan kulit dan membantu ia kelihatan lebih cerah dan putih.
Oleh itu, jangan sesekali membuang kulit mangga selepas menikmatinya ya. Tapi, bagaimana untuk mengaplikasikan petua ini? Jom lihat cara di bawah ini:
1. Rebus kulit mangga kemudian tapis dan hanya ambil airnya. Gunakan air rebusan tadi sebagai penyegar wajah. Caranya, oleskan pada kulit wajah secara konsisten, beberapa hari.
2. Hilangkan sel kulit mati dengan cara mengeringkan kulit mangga. Kemudian, haluskan atau kisar sehingga menjadi serbuk. Tambahkan madu dan oleskan pada wajah. Bila sudah kering, bilas dan bersihkan. Lakukan dua kali seminggu.
Selamat mencuba! - CARI
Jangan dibuang kulit mangga.
|