CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3879|Reply: 15

Viral Tarian Gelek 'Power' Dipersembahkan Puteri UMNO, Mana Pergi Malu?

[Copy link]
Post time 9-8-2016 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Umum mengetahui tarian gelek yang dipersembahkan bukanlah merupakan persembahan yang elok. Jika dipersembahkan sesama wanita dan tidak dirakamkan, mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi jika mereka yang bertudung melakukan tarian tersebut sudah pasti menjejaskan imej dan memalukan.

Video tarian gelek yang jadi viral itu adalah persembahan majlis perasmian Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Kota Bharu, Kelantan.

Tarian gelek tersebut telah dipersembahkan di hadapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh dan Ketua Wanita Bahagian Kota Bharu, Madihah Abdul Aziz pada Jumaat lalu.



Namun, selepas video tarian itu tersebar Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu Wan Salmiah Wan Abd Ghani tampil memohon maaf berhubung video tarian gelek pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Puteri UMNO bahagian itu yang viral pada Sabtu.




Dalam video yang tersebar di media sosial, kelihatan empat wanita bertudung lengkap dengan hiasan pinggul ala penari Arab menari penuh lenggok sambil diperhati oleh hadirin.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkongsi gambar di laman Facebook rasminya yang memaparkan persembahan silat semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Pasir Puteh pada Jumaat.

“Tidak salah kalau ada elemen untuk perkenal budaya warisan kita seperti zapin, ghazal, caklempong, berpantun, silat dan sebagainya (bukannya tarian gelek) agar tidak dilupa oleh orang muda,” pesan Ermieyati dalam kiriman Facebook.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 12:29 PM | Show all posts
nak balik ke zaman jahiliah kekdahnya.

tp kat arab lagilah melambak kan tarian mcm nih.

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 01:58 PM | Show all posts
nak salahkan sorang tak boleh dah ni, terpaksa salahkan juga satu team. kenapa la pendek akal sangat. macam baru bebas dari kongkongan gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:01 PM | Show all posts
kalau masuk cari x ketawa x sah...lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 03:02 PM | Show all posts
tak malu ke dok gelek mcm ni dpn org ramai....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 03:41 PM | Show all posts
PAS TAK KATA APA PUN SEBAB KAT SANA ADA TARIAN TIGER SHOW...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2016 04:09 PM | Show all posts
mohon tempek video tu..hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:51 PM | Show all posts
Ramai je golongan sebegini zaman sekarang ni, time ada function semua lupa diri gelek nari gelak terbahak2 ok je.  Tapi bila dah habis function terus gigih nak jadi setazah semula lengkap tazkirah panjang berjela nasihatkan orang tapi sampai terlupa nak nasihatkan diri sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 08:22 PM | Show all posts
Spesies gigih tutup aurat ibrani apa wa heran menari gelek bagai
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian macam muslimah.. tapi buat aksi tak bertamadun. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
What were they thinking????????
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 09:37 AM | Show all posts
hai bongoknya perempuan tu..cheap sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 02:20 PM | Show all posts
kalau aku kata bodoh kang ada yg sentap
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 04:27 PM | Show all posts
Sesiapa ada videonya harap sudi berkongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 08:11 AM | Show all posts
bnyk2 tarian, tarian gelek gak yg dibuat...  bole la kot kalau gelek maut tu..leh jadi binik no 2,3 k4 4..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 09:44 AM | Show all posts
hai bongoknya perempuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.093502 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list