Oleh Izzah Abbasy
Bagi anda yang sememangnya gemar dengan makanan laut lagi-lagi sotong, apakah menu yang biasa anda masak?
Biasanya yang jadi pilihan adalah sotong rebus, tom yam 'seafood', dan sotong celup tepung. Betul tak?
Kali ini cuba pula resepi Sotong Goreng Madu. Bukan bermadu tau. Hehehe. Pasti tertanya-tanya, mesti manis sebab guna madu. Tapi, jangan risau anda boleh ubah kuantiti bahan yang digunakan mengikut selera anda ya.
Nikmatnya Sotong Goreng Madu, Baru 'Up' Selera
Bahan A :
1) 1kg sotong
2) 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
3) 1 inci halia (tumbuk lumat)
4) Serbuk kunyit
5) Garam
6) Minyak
Bahan B :
1) 1 biji bawang besar (kisar)
2) 5 biji bawang putih (kisar)
3) 4 sudu besar madu
4) 1 sudu besar kicap pekat manis
5) 2 biji cili merah
6) 1 biji tomato
Cara-cara penyediaan :
1) Gaulkan bahan A (sotong, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam) dan perap selama 10 minit
2) Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
3) Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng tadi hingga naik bau
4) Masukkan madu dan kicap
5) Goreng hingga pecah minyak
6) Masukkan cili merah dan tomato
7) Masukkan sotong yang digoreng tadi
8) Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
9) Tabur daun bawang
Sedia untuk dihidang! Selamat mencuba.
Sumber : Resepi Sedap
|