View: 4110|Reply: 29
|
8 perkara yang anda perlu tahu tentang Pokemon Go
[Copy link]
|
|
Edited by mafus07 at 2-1-2017 11:17 PM
Jawatan Kosong Gaji RM1500-RM5000 Sebulan - Part Time/Full Time (Online Only)
Untuk keterangan lanjut ke website ini: http://www.jobdirumah.net
DEMAM Pokemon Go nampaknya sudah mula melanda seluruh dunia, walaupun baru seminggu aplikasi permainan itu dilancarkan.
Pokemon Go berjaya memikat hati pengguna, selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 5 Julai lalu.
Ia kini ‘menular’ di seluruh dunia, dan mencetuskan satu fenomena yang baharu.
Aplikasi permainan Pokemon Go secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon.
Jika anda masih keliru dengan permainan ini yang menjadi kegilaan orang ramai, berikut adalah 8 fakta yang anda perlu tahu.
1. Apa itu Pokemon?
Untuk memahami sepenuhnya mengenai Pokémon Go, kita kena mengulas serba sedikit sejarah mengenai konsep Pokemon.
Sekitar tahun 1990, seorang pereka permainan video bernama Satoshi Tajiri mewujudkan konsep Pokémon, yang menggabungkan hobi zaman kanak-kanaknya iaitu mengumpul serangga dengan cintanya terhadap permainan video.
Enam tahun selepas Tajiri tampil dengan konsep ini, dengan bantuan Nintendo dan pereka, Ken Sugimori, permainan video Pokémon yang pertama diterbitkan.
Ia kemudian diinspirasi kepada siri animasi TV, pada tahun 1997 di Japan dan pada tahun 1998 di Amerika Syarikat.
Ini menambahkan lagi deman Pokemon dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.
2. Demam Pokemon-Go?
Selepas beberapa tahun, permainan watak animasi itu membuat penampilan sekali lagi, sebagai Pokemon Go.
Pokemon Go merupakan satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam nyata dan sistem navigasi GPS.
Ia membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain
Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.
Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna untuk mengesan ‘makhluk Pokemon’ di sekeliling mereka (pada skrin telefon) ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.
Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.
3. Cara bermain
- Muat turun aplikasi Pokemon Go secara percuma menerusi Android atau telefon pintar Apple.
- Pilih avatar
- Tekan ikon 'PokeStop' yang digambarkan pada peta dan tekan butang itu untuk mendedahkan gambar lokasi dunia sebenar yang anda sedang berdiri.
- ‘Spin’ imej untuk mendapatkan bekalan seperti bola untuk menangkap makhluk animasi.
- Berunsur ke peringkat seterusnya dengan melawat PokeStops dan mengutip Pokemon.
4. Cara mengumpul Pokemon
- Ketika berjalan, teliti peta telefon pintar untuk mencari makhluk animasi itu
- Apabila imej Pokemon muncul pada skrin, tekan pada imej tersebut.
- Tukar ke mod kamera.
- Imbas persekitaran melalui kamera telefon pintar untuk melihat Pokemon.
- Pegang jari pada ikon ‘Pokeball’ di bahagian bawah skrin telefon pintar.
- Leret jari untuk melemparkan ‘Pokeball’ pada Pokemon.
- Kutip Pokemon
5. Siapa boleh muat turun?
Pemburu Pokemon Go di seluruh dunia sedang menanti pelancaran aplikasi itu di negara masing-masing.
Setakat ini, ia hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.
6. Kemeriahan #PokemonGo di media sosial
Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan permainan mudah alih itu ke media sosial.
|
|
|
|
|
|
|
|
yeahh. game yg paling sempoi |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah turun 1.5kg lepas main game ni 3 hari |
|
|
|
|
|
|
|
pokemon go |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak akak nak cakap orang takde life saja ketagih main ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Akak ada try tak??
Kami satu keluarga, me, my wife and 2 kids downloaded the games..
main sama2.. anak2 siap rajin tiap2 petang ajak gi joging sebab nak tangkap pokemon.
It's fun.. tapi kena tau batasan.. nasib baik kat area rumah tak banyak pokemon ade..
so kat umah tak main ahh..
Aku rase sampai satu tahap within a week or two dah bosan kot dengan game ni..
so layan aje ah
|
|
|
|
|
|
|
|
L211 replied at 9-8-2016 05:27 PM
main gak ke
Main gk sis. Lawak pun ade |
|
|
|
|
|
|
|
kejap je nih. lame2 senyap blk. |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahah sah siap powerbank.. sbb battery drain laju kot
|
|
|
|
|
|
|
|
L211 replied at 9-8-2016 09:07 PM
hahhahah sah siap powerbank.. sbb battery drain laju kot
Memang bateri drain laju aje.. setiap malam henpon dan powerbank di charge sebelah menyebelah untuk tangkap pokemon esok hari |
|
|
|
|
|
|
|
Adik aku pon tgh obses dgn pokemon ni.
Kadang nak kluar pi mna2 asyik aku kena drive. Dia kat sebelah dok men benda ni. Aku tgk pon stress |
|
|
|
|
|
|
|
adeh, abis u standby berapa powerbank.. my friend siap standby 2 powerbank.. mmg giler laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu aje powerbanknya... guna waktu bergerak aje.. time keje kat opis charge henpon guna komputer.. by that time sampai rumah memang nyawa2 ikan la powerbank tu.. ingat weekend ni nak beli powerbank yg besar kapasitinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
L211 replied at 10-8-2016 12:50 AM
adeh, abis u standby berapa powerbank.. my friend siap standby 2 powerbank.. mmg giler laaa
Ini memang betul2 fanatik pokemon ni.. dah level berapa member tu? Aku baru level 9.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap last 3 weeks ago dia ckp dh level 56.. sekrg ni tak tau level berapa dh.. actually dia upload masa UK dh mula kluarkan pokemon.. malaysia baru lagi kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
angkat Pineng laaa jawabnya..yg berat giler baru bagus..
|
|
|
|
|
|
|
|
L211 replied at 10-8-2016 12:50 AM
adeh, abis u standby berapa powerbank.. my friend siap standby 2 powerbank.. mmg giler laaa
Tula pasal. Yg lawak time meeting pn ade kuar |
|
|
|
|
|
|
| |
|