|
Oleh : Dean BZ
Gambar Sekadar Hiasan
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai petua yang digunakan di dalam kehidupan seharian sejak zaman nenek moyang lagi.
Dalam memilih calon isteri, masyarakat Melayu dahulu kala juga tidak terlepas mengariskan beberapa panduan untuk mengenal sifat-sifat batiniah wanita berdasarkan kejadian tubuh badannya.
Pengetahuan ini adalah berasaskan kitab Primbon Jawa dimana ilmu ini diturunkan secara lisan dari guru kepada muridnya. Segala catatan ini adalah untuk menambah pengetahuan semata-mata. Berikut dibawah ini adalah karakter seseorang wanita berdasarkan bentuk tubuh.
1. Beras Tumpah
Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga ada tahi lalat. Dia lekas naik darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.
Gambar sekadar hiasan
2. Bintang Kesiangan
Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis, mata redup seperti mengantuk. Dia senang bersama dan mesra dengan suami.
3. Durgasari
Muka bujur telur berwarna sedikit kemerahan, leher jenjang. Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong.
4. Silasari
Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil, tahi lalat di cuping telinga. Suka naik darah dan pemboros
5. Emping hijau
Kulit gelap, rambut hitam lembut, muka panjang, badan tegap,kaki kecil dan kering, kuku panjang dan kecil. Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya.
6. Matahari Jatuh
Kulit kuning, urat nampak hijau, alis lentik, mata redup, wajah manis. Sabar, bertutur dengan berhati-hati, berbudi bahasa, dapat menerima dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah rezeki.
7. Puspa Mekar
Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang. Dia dapat melayani kehendak suami.
8. Galak Ulat
Kulit kuning, rambut keras dan lurus, hujung rambut warna merah. Dia sering menolak kehendak suami.
9. Gandasari
Kulit kuning, rambut hitam berkilat, leher agak pendek , gerak tubuh seperti orang malas, buah dada tergantung, tingkah laku pantas, manis dipandang. Tidak menampakkan marah, tutur katanya lembut dan pandai dalam melaksanakan kewajipan.
10. Sinar Kencana
Duduknya tenang, agak pendiam, berkulit gelap, rambut lembut, hitam dan halus, bertubuh besar. Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati.
11. Sirih Terlentang
Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah. Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji
12. Bunga Lawang
Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar, sentiasa mau cepat pergi kemana-mana. Pandai simpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga.
13. Matahari Terbenam
Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis mata tebal. Penyimpan rahsia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai sebagai sahabat.
14. Sari Maya
Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan. Tak pandai meminta-minta, menerima apa saja keadaan, taat perintah Allah.
15. Kunci Kencana
Kulit gelap, badan tinggi besar, kaki pendek. Dia amat bosan kepada suami.
Tidak dapat dipastikan apakah garis panduan diatas benar-benar tepat atau sekadar kebetulan. Namun, garis panduan ini telah lama digunakan oleh kebanyakan masyarakat Melayu dulu-dulu. Mungkin juga masih digunakan hingga ke hari ini. Cuba lihat ciri-ciri diatas pada pasangan anda, sama ke tidak? - CARI
Sumber - azreenwahab.blogspot.my
|
|