Edited by CARI-IIN at 6-8-2016 02:31 PM
Oleh Izzah Abbasy
Susulan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima "arahan" daripada bekas perdana menteri itu.
Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang "obses" dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara.
Saya Tidak Akan Jadi Pemimpin Yang Ikut Arahan Bekas PM - Najib
" Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri.
" Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.
" Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia... saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya," katanya dalam wawancara eksklusif bersama MetroTv semalam. |