Edited by CARI-IIN at 6-8-2016 02:08 PM
Oleh Izzah Abbasy
Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve mengesahkan kebakaran berlaku di sebuah bar di pusat bandar Rouen, utara Perancis dan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, enam cedera awal pagi Sabtu.
Kebakaran itu tercetus pada waktu tengah malam di sebuah bilik bawah tanah bar Cuba Libre itu, yang terletak di pusat bandar, ketika satu majlis sambutan hari jadi.
13 Terbunuh, 6 Cedera Dalam Kebakaran Bar Di Perancis
Lebih 50 anggota bomba berada di tempat kejadian.
"Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan punca kebakaran," katanya.
Satu sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata, lilin di atas kek hari jadi mungkin telah mencetuskan kebakaran itu.
Kredit : Astro Awani
|