CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1642|Reply: 6

Merancang Letup 'Marina Bay' , 6 Pengganas Berjaya Ditahan Polis Indonesia

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2016 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Oleh: TS LOO



Enam Pengganas Merancang Letup 'Marina Bay' Singapura, Berjaya Ditahan Polis Indonesia





Enam anggota penggans yang berniat untuk mengadakan serangan ke atas Singapura berjaya ditahan hari ini.


Menurut laporan media tempatan di Indonesia, keenam-enam pengganas merancang untuk menyerang Marina Bay yang terletak di selatan Singapura dengan melancarkan meriam roket dari Pulau Batam.


Mujurnya sebelum mereka bertindak mengadakan serangan, pasukan anti pengganas Indonesia iaitu 'Special Detachment 88' berjaya menahan kesemua anggota.


Berdasarkan laporan, pihak polis tidak pasti bila suspek akan mengadakan serangan.


Menurut jurucakap polis Indonesia, kumpulan pengganas itu hanya dikenali polis sebagai "KGR @ Katibah GR", keenam-enam anggota pengganas tersebut, hanya salah seorang suspek merupakan pegawai bank, yang lainnya semua bekerja di kilang membuat baju.


Laporan turut menyatakan, suspek ada menghubungi anggota kumpulan militan pengganas IS di Indonesia iaitu Bahrun Naim. Bahrun Naim merupakan perancang utama serangan di bahagian tengah Jakarta pada awal tahun ini.  


Memetik laporan terkini Channel 8, pihak polis Singapura kini bekerjsama dengan semua agensi kerajaannya dalam usaha mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di dalam dan sempadan pulau terbabit.- CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hari tu kat Marina Bay, banyak warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 07:35 PM | Show all posts
taikor replied at 5-8-2016 07:09 PM
hari tu kat Marina Bay, banyak warga asing

bukan kat marina bay, kat malaysia pon berlambak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Bukan calang2,peluru berpandu yang hendak di gunakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
KGR fefeeling KGB ker???
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 09:58 PM | Show all posts
Tgh terikir awat dia target marina bay? kat situ kan ramai suku sakat diaorg yg bekerja kat situ, herm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067049 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list