Oleh Izzah Abbasy
Daun kari biasanya sangat memberi manfaat dan berkhasiat menambah bau harum masakan. Masyarakat India juga Melayu banyak menggunakan daun kari dalam masakan. Lagi-lagi daun kari digunakan untuk memasak sajian kari. Terangkatlah jawabnya.
Selain untuk masakan, pasti ramai yang tidak tahu banyak khasiat lain dengan daun kari ini.
Daun Kari Rupanya Penting Untuk Wanita Hamil
Tetapi, kenapa daun kari penting untuk wanita hamil?
1) Loya dan pening
Daun Kari Rupanya Penting Untuk Wanita Hamil
Menghilangkan loya bagi wanita yang mengandung. Berkesan juga untuk mengatasi masalah haid tak teratur atau senggugut dan penyakit gonorea (gonorrhea).
Caranya : Ambil jus daun kari yang segar dan campur dengan perahan limau nipis. Boleh juga letakkan daun kari berdekatan dengan anda supaya aromanya akan menghilangkan mabuk dan pening-pening lalat.
Daun Kari Rupanya Penting Untuk Wanita Hamil
Khasiat-khasiat lain :
2) Penawar cirit-birit dan buasir
Menguatkan perut dan mengatasi sembelit.
Caranya : Jus daun kari campurkan dengan sedikit madu.
3) Merawat diabetes, kegemukan dan kencing manis
Caranya : Rebus kulit batang daun kari yang kering dan minum airnya. Amalkan juga memakan daunnya setiap hari selama 3 bulan.
4) Lebam dan bengkak
Digunakan untuk merawat luka atau lebam dan bengkak.
Caranya : Hancurkan atau tumbuk daun kari dan tampalkan pada bahagian yang bermasalah tersebut.
|