oleh Adib Za
Anda gemarkan makanan Barat dan suka mencari kafe-kafe hipster yang menarik?
Pop's Eatery yang terletak di Wangsa Maju ini wajib menjadi kafe terbaru yang anda kunjungi. Apa yang 'best' sangat tu?
Segalanya ada di sini seperti pelbagai jenis masakan pasta, patty daging burger yang menggiurkan, churros dengan sos coklat, kentang dengan limpahan keju, dan sebagainya.
Harga yang ditawarkan juga sangat-sangat berpatutan, untuk menu 'lunch' misalnya anda boleh mendapatkan harga serendah RM7.90. Bersekali dengan teh lemon ais. Mana nak dapat kan!
Yang penting, menu di sini memang sangat membuatkan sesiapa pun terliur. Amacam, rasa tak sabar nak ke sini? Jom layan gambar menu di Pop's Eatery. - CARI
Lokasi: Lot 28055, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Masa operasi: 11 pagi - 10.30 malam
Facebook: https://www.facebook.com/popseatery/home |