oleh Adib Za
Malunya jika ketahuan ketiak kepam dan juga berkulit gelap. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang mahu mendirikan rumah tangga.
Pasti risau dengan penampilan diri di depan suami nanti. Mana nak letak muka dengan ketiak hitam tu nanti!
Bunyinya seperti lucu tapi memang memalukan, bukan? Apa kata anda cuba cara yang satu ini, hanya menggunakan bahan alami iaitu buah anggur.
Jangan terkejut ya! Anggur yang anda campurkan dengan jus lemon memang mampu memberikan kesan maksimum dan mencerahkan ketiak dengan berkesan!
Kombinasi asid pada lemon memang sangat membantu mencerahkan kulit, manakala anggur mengandungi alpha-hydroxy yang mampu membentuk kulit secara sihat.
Caranya: Oleskan campuran anggur dan jus lemon yang telah dikisar kasar, sapukan pada bahagian ketiak. Biarkan seketika, kemudian cuci bersih.
Lakukan tiga kali sehari selama dua minggu. Selamat mencuba!- CARI
Sumber foto: Carian google
|