oleh Adib ZA
Pelakon Raja Ilya mendedahkan dia telah melalui episod ngeri pada Ramadan lalu apabila terpaksa dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria.
Melalui temubual bersama Mstar Online, dia tak mahu menghebohkan perkara itu sebelum ini kerana keadaan dirinya tidak mengizinkan.
"Saya jatuh sakit yang sangat teruk sehingga pusat perubatan swasta tidak terima dan terpaksa dirawat di hospital kerajaan. Mereka kata kondisi saya sudah 50/50 untuk hidup.
"Kemudian saya dihantar di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) selama 14 hari. Doktor beritahu saya terkena rare bacteria infections yang mungkin berpunca daripada kucing yang saya bela.
"Saya ada pergi berubat tradisional dan mereka kata perkara itu ada melibatkan pihak lain. Kalau benar saya 'dibuat' oleh seseorang, saya ucapkan terima kasih kerana dia sudah berjaya buat saya sengsara," terangnya.
Apa pun, semoga Raja Ilya semakin sihat dan kembali seperti sedia kala. - CARI
Sumber: Mstar Online
Foto: Instagram Raja Ilya
|