|
Oleh Izzah Abbasy
Kubis bunga atau bahasa 'omputih'nya Cauliflower menjadi salah satu sayuran yang banyak digunakan dalam diet Atkins. Kubis bunga juga telah menjadi trending menggantikan nasi goreng.
Selepas ini jika tiada beras atau nasi putih, gunalah kubis bunga. Hidangan ini sama seperti nasi goreng biasa tau! Mudah sangat cara penyediaannya.
Anda boleh cuba resepi di bawah atau seperti dalam video yang disediakan. Jom, hidangkan Nasi Goreng Versi 'Cauliflower' atau kubis bunga ini.
Bahan-bahan :
1/3 kubis bunga (kisar atau hancurkan seperti nasi)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah/ bawang besar
4 biji cili api atau lada besar
Sayur kangkung/ sawi/ brokoli/ lobak / cendawan/ daun sup
1 atau 2 biji telur
Ikan bilis atau ayam
Lada hitam original
Secubit garam
Minyak
Cara-cara penyediaan :
1. Basuh, kisarkan atau hancurkan kubis bunga seperti berbentuk nasi dan panaskan kuali.
2. Masukkan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili api hingga naik bau.
3. Masukkan ikan bilis atau ayam, goreng cuma separuh masak sahaja. Taburkan lada hitam dan juga garam secukup rasa.
4. Masukkan kubis bunga. Gaul sehingga sebati dengan bahan lain. Biarkan seketika hingga cauliflower menjadi sedikit lembut.
5. Masukkan sayur, brokoli dan tambah cili api atau lada besar kalau nak lagi pedas. Boleh letak kicap atau sos.
6. Gaul, rasa dan boleh terus hidang. Maka, siaplah Nasi Goreng Versi 'Cauliflower' ini! Anda berdiet patut cuba!
|
|