Buah Tembikai Tidak Hancur Dicampak Atas Lantai Sebaliknya Melantun Seperti Bola Getah
Pernah dengar tak, buah tembikai yang boleh dijadikan seperti bola getah kerana ianya bukan sahaja tidak hancur apabila dicampak atas lantai malah boleh melantun balik atau rebound.
Di sebuah kawasan pertanian yang terletak di Xiangyang, Wilayah Hubei, China, terdapat sejenis 'tembikai pelik', di mana sifat luarannya tiada beza dengan tembikai yang biasa, cuma yang istimewa tembikai tersebut sangat keras, sekiranya dicampak di atas lantai pun tidak akan hancur berkecai, malah akan melantun semula seperti bola getah.
Rata-rata netizen rasa pelik dengan keistimewaan tembikai itu dan mengesaki iannya merupakan jenis tembikai hasil daripada perubahan genetik yang dilakukan.
Isi tembikai pelik ini berwarna kuning muda, mempunyai benih yang berwarna hijau, Oleh kerana selepas digoreng, apabila dimakan rasanya masam tapi sedap dan seperti makan timun, jadi para petani tidak berani menjual jenis tembikai berkenaan di pasaran.
Pakar berpendapat, perlu dijalankan ujian baru dapat mengenal pasti jenis sebenarnya tembikai tersebut. Tetapi terdapat netizen yang membuat gurauan berkata ini merupakan 'tembikai jin', ada pula yang menganggapnya sebagai tembikai jenis 'anak kacukan' antara tembikai dengan bola getah.- CARI