CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45337|Reply: 363

Azrinaz bertunang dengan Wak Doyok

[Copy link]
Post time 31-7-2016 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 31-7-2016 09:24 AM

Azrinaz bertunang dengan Wak Doyok 23hb Julai 2016.

Credit Utusan Malaysia

Wartawan yang menulisnya Tengku Khalidah

http://m.utusan.com.my/berita/na ... -wak-doyok-1.364241


Dari page lain;

KUALA LUMPUR:  Azrinaz Mazhar Hakim, 37, bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bertunang  dengan Wak Doyok.

Acara pertunangan itu diadakan di rumah bekas personaliti TV3 pada 23 Julai lalu.

Menurut Mingguan Malaysia hari ini, majlis pertunangan dengan  Wak Doyok atau nama sebenar Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, yang tidak pernah berkahwin sebelum ini, berlangsung secara tertutup.

“Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu,” kata akhbar itu memetik sumber.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniai sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 10 tahun, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 8 tahun.

Di usia 26 tahun pada tahun 2005, Azrinaz  berkahwin dengan Sultan Brunei  yang berusia 58 tahun.  Pencarian namanya di Google pada 2005 mengalahkan selebriti dan tokoh dunia seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush.

Mereka bercerai dengan talak satu pada 16 Jun 2010 dengan semua gelaran termasuk Yang Teramat Mulia Pengiran ditarik balik.

Pencarian namanya di Google pada 2005 mengalahkan selebriti dan tokoh dunia seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush.

Bibit perkenalan Azrinaz dengan Sultan Hassanal Bolkiah menurut satu sumber dikatakan bermula di Pucon, Chile apabila baginda menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Pucon  pada bulan Jun 2004 di sana dan Azrinaz kebetulan membuat liputan bagi TV3.

Namun,  Azrinaz berjaya  menyimpan kisah percintaan mereka dengan rapi dan beliau hanya berhubung dengan Sultan Hassanal Bolkiah melalui telefon bimbit sepanjang masa percintaan mereka.

Azrinaz  yang dikenali dengan panggilan Naz  ialah lulusan  Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Azrinaz antara penyampai berita popular TV3 selepas sering muncul melalui Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Pada Mei 2012, Azrinaz membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif untuk pertama kali dalam program on-air selepas berpisah dengan Sultan Brunei.

Sementara itu, Wak Doyok dianggap sebagai selebriti Instagram Malaysia yang mendunia dengan hampir sejuta peminat.

Beliau dikenali dengan misai melentiknya, dan dikaitkan dengan produk melebatkan janggut dan misai. Wak Doyok diakui sebagai trend setter, ikon fesyen baharu dalam kalangan lelaki di Malaysia, sering tampil dengan bergaya: pakaian rapi, rambut berjambul, berjanggut, serta kumis lebat yang hujungnya dilentik.

Kehadirannya sering mencuri perhatian, sehingga turut mencuri hati Azrinaz.

Dikatakan mereka berdua mulai menjalin hubungan sejak tahun lalu, dan tidak pernah mengesahkan mereka berada dalam alam percintaan walaupun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial.

Belum dipastikan tarikh perkahwinan, menurut sumber berkenaan. –
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2016 09:10 AM | Show all posts
Tu jah kj?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 31-7-2016 09:10 AM
Tu jah kj?

Hp aku mengong.  :

Pegi paste tak lepas semua.

Setan tul.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah habis fikir ker ni?

Kang tak dpt lg nak fly 1stclass free
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon edit cepat sebelum dihencap..kerlas wak doyok bakal jd pak tiri prince and princess
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowwwwwww kulastttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2016 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hot nya gosip nihh! Wak doyokkk? Seriyeslyyyyy????
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Downgrade nyee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2016 09:17 AM | Show all posts
agaknya dah puas kumpui reta,
n rasa dah cukup utk 74 keturunan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dari sultan ke wak ajer .... merundum btul taste sheols
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooommmmmmgeeeeeee??????

Kenot brain azrinaz dgn jambang misai melintang wak doyokkk!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Downgrade sgt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba hasil perkahwinan
Cite pasal soltan banyak lagi dari cite wak doyok
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai. Biar jelah dia nak kawin dengan sapa pun. Maybe wak doyok tu ada ciri2 yang selama ni dia look for in a man. Pastu agaknya dia pun dah cukup kaya, so ketebalan poket wak doyok tu dia tak kisah. Kita nampak ja macam depa tak sekufu etc, but we dont know what happens behind the close doors.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cinta benor..  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Azrinaz noooo!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat cita sultan lgi byk dr doyok
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah sumber yg aku dengar tu. Dia khabor ke aku seriussss sampai mentioned the kawin. Aku dengar 2nd week of puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah merasa kawin dgn org kaya. Dah nampak nilai duit tu setakat mana. Aku ingatkan takat teman tapi mesra je rupanya serius. Mungkin wak doyok dapat buat dia happy. Semuga bahagia la korang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nampak macam xsesuai. Ermmm tahniah aje lah cik puan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.086329 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list