|
oleh Adib Za
Bagi anda yang gemar mewarnakan rambut namun risau dengan kesan sampingan daripada pewarna rambut, jangan risau.
Tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mewarnakan rambut dengan bahan semula jadi? Selain inai yang diketahui mampu mewarnakan rambut, anda boleh mencuba beberapa bahan di bawah:
1. Kopi
Siapkan secawan kopi panas, kemudian biarkan kopi tersebut sejuk. Campurkan sedikit perapi rambut.
Bersihkan rambut anda dengan syampu, kemudian usapkan air kopi tadi pada seluruh rambut. Biarkan selama 30 minit.
Lakukan dua kali seminggu untuk kesan maksimum. Ia mampu menghitamkan rambut dan menutup uban.
2. Teh
Rebus 3-5 uncang teh hitam dengan sehingga airnya menjadi gelap. Bila ia sudah sejuk, campurkan sedikit perapi rambut.
Bersihkan rambut, kemudian sapukan rambut dengan air rebusan teh hitam tersebut.
Cara ini sesuai untuk menghindarkan rambut beruban.
Sumber foto: Oprah
3. Ubi bit
Jika anda ingin mendapatkan rambut yang berwarna merah tua, boleh menggunakan jus lobak dan ubi bit.
Campurkan kedua jus, kemudian sapukan pada rambut.
Bilas selepas 30 minit. Ia bukan menjadikan rambut anda kemerahan, malah menyihatkan kulit kepala dan juga rambut. - CARI |
|