oleh Adib Za
Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan berasa risau, adakah penyakit berjangkit terutamanya berkaitan seksual boleh merebak di kolam renang?
Ini termasuklah penyakit seperti Syphilis, penyakit kulit dan sebagainya. Memetik laman The Huffington Post, Dr Edward Brooks, pakar perubatan penyakit berjangkit berkata tiada bukti setakat ini seseorang itu boleh mengidap penyakit berjangkit yang berpunca dari kolam renang.
Ia hanya boleh terjadi kepada pasangan yang melakukan hubungan seksual di dalam kolam renang itu.
Nah, sekarang terasa lega bila mendengarkan penjelasan ini, kan? Namun, anda masih harus berhati-hati kerana penyakit seperti cirit-birit juga boleh terjadi jika anda tertelan air kolam yang tercemar.
Oleh itu, dapat disimpulkan, penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin, cirit birit mahupun penyakit kulit tidak akan terjadi jika anda memilih kolam renang yang bersih dan terjaga! - CARI
Sumber foto: Carian google
|