|
|
Oleh : Dean BZ

Foto : www.cinema.com.my
Penyanyi rap tempatan, Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 38 mendapat idea baru untuk menegur sikap dan mentaliti negatif sesetengah masyarakat Melayu menerusi lagu ciptaan terbaharunya.
Altimet bagaimanapun berkata, teguran itu tidak dilakukan secara jelas sebaliknya menerusi sindiran dan kiasan bagi dalam menyampaikan mesej kepada pendengar.
Memetik dari Mstar Online, Altimet berkata tujuan lagu "sindiran" itu dicipta bukanlah untuk memburuk-buruk kan sesetengah masyarakat Melayu sebaliknya dia berharap "teguran" dan mesej yang ingin disampaikan itu memberi impak yang positif.
Katanya, dia memilih untuk melancarkan album berkenaan pada 27 November depan kerana ia juga bersempena dengan hari jadinya.
Agaknya apakah bentuk sindiran yang bakal dinyanyikan didalam lagu terbaharunya itu? Tidak sabar pula ingin mendengarnya. - CARI
Sumber - Mstar Online |
|