Oleh Izzah Abbasy
Jika ke luar negara yang menjadi masalah utama pasti sukar mencari makanan halal. Bonus jika bercuti atau melancong ke negara yang sememangnya ramai penduduk Islam. Sekurang-kurangnya kita yakin kebanyakan makanan yang dijual di situ halal.
Namun, jika anda pergi ke Thailand, terdapat beberapa kedai makan yang halal sahaja. Dan semestinya anda akan membuat tinjau di laman sesawang ataupun bertanya rakan-rakan yang mempunyai pengalaman ke sana. Jadi, nak kongsikan dengan anda beberapa tempat makanan halal yang ada di Bangkok, Thailand. Sekurang-kurangnya ia membantu anda daripada asyik makan makanan segera saja kan?
1. Sophia
Restoran Sophia memang terkenal dalam kalangan pelancong muslim. Restoran ini merupakan salah satu restoran yang menyediakan makanan yang halal. Paling utama, mereka turut menyediakan tempat untuk solat. Pelbagai menu yang enak-enak disediakan. Anda boleh layari http://www.sophia-ct.com/en/main/index.php untuk maklumat lanjut.
2. Yana Restoran
Kalau anda pergi membeli-belah di Mah Boon Khrong Mall, boleh singgah di Yana Restoran. Harga yang ditawarkan juga agak menarik. Nak tahu lebih, layari http://www.yanarestaurant.com/index.php .
3. Saman Restoran
Terletak di Chatucak Market, Bangkok, restoran ini memang sentiasa penuh. Al-maklumlah makanan halal bukan senang hendak jumpa. Paling penting, makanan di situ macam-macam ada!
4. Spice and Rice Thai Cuisine
Restoran ini dikategorikan sebagai high-end dan amat terkenal di Bangkok. Kalau anda teringin makan di sana, apa salahnya. Sesekali berbelanja, kan? Ini laman sesawang sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ke sana nanti http://www.thesukosol.com/press-releases/spice-rice-thai-restaurant-debuts-new-menu .
5. Yusup Pochana
Jangan kata di Bangkok tidak ada Nasi Beriani! Anda mesti cuba di Yusup Pochana. Kiranya makanan yang mereka sediakan seperti Malaysia juga. Ini alamatnya, 531/12 Kaset Nawamin Road (Tawmaw 97), Lat Yao Chatuchak, Bangkok.
6. Sara Restoran
Pernah makan Pad Thai? Anda perlu pergi ke restoran Sara kerana Pad Thai mereka sangat terkenal. Informasi ada di sini, http://www.nouvocityhotel.com/facilities/sara-restaurant.html .
7. Alif Laila by Bawarchi
Restoran ini menghidangkan makanan dari India iaitu wilayah Punjab. Pelancong Arab selalunya suka ke sini. Kalau anda hendak mencuba pun boleh! http://bawarchirestaurantsgroup.com/
8. Farida Fartonee Muslim Food
Sangat popular dalam kalangan pelancong Malaysia dan Indonesia. Gerai Farida menyajikan makanan yang halal dengan harga yang berpatutan. Gerai ini terletak berhampiran dengan BTS Ratchathewi.
Sumber : Ommdotcom
|