View: 1542|Reply: 20
|
[Tempatan]
Ummah Berasap Terancam ; Syor hanya mereka tak merokok diambil bekerja
[Copy link]
|
|
LANGKAWI: Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mencadangkan supaya hanya calon yang tidak merokok dipertimbangkan untuk menyandang jawatan dalam sektor awam atau swasta. Beliau berkata pelaksanaan syarat itu boleh menjadi satu permulaan kepada usaha untuk membuang tabiat merokok dan menyemai amalan hidup sihat dalam kalangan tenaga kerja. "Langkah ini jika dapat dibuat akan dapat menanam tanggapan 'kalau merokok susah nak dapat kerja' sekaligus boleh memaksa pencari kerja meninggalkan tabiat merokok," katanya ketika merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2016 peringkat negeri di sini. Menurutnya, penjawat awam dapat menjadi contoh kepada anggota masyarakat lain untuk menghentikan tabiat merokok dan seterusnya mengurangkan lagi masalah kesihatan yang dialami di negara ini. "Visi kita untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada ancaman asap rokok akan dicapai melalui penyatuan dan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat," katanya. Semasa ditemui media selepas majlis itu, Dr Leong berkata pelaksanaan syarat tidak merokok untuk pencari kerja adalah cadangan peribadinya dan beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak berhubung perkara itu. "Memang ada pihak yang akan berkata berdasarkan hak asasi manusia, mungkin ini satu cadangan yang tak boleh dilaksanakan...terpulanglah untuk masyarakat sama-sama berbincang," katanya. Menyentuh mengenai perancangan Jabatan Kastam untuk melaksanakan peraturan baharu mengehadkan penjualan rokok bebas cukai di Langkawi mulai 1 Ogos ini, beliau berkata langkah itu tidak mungkin dapat mengurangkan tabiat merokok mahupun masalah penyeludupannya dari pulau ini. Menurutnya dalam keadaan sekarang, penambahbaikan aktiviti penguatkuasaan dan rondaan adalah langkah lebih baik berbanding memperkenalkan peraturan yang mungkin akan hanya menggalakkan lagi aktiviti penyeludupan. "Pengawasan yang baik akan meminimakan atau sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku dan kita dapat menjejak (mereka yang menjalankan aktiviti penyeludupan)," katanya. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Heheheh hanya mampu gelak2 je baca statement gini |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...ummah berasap ni antara penyumbang ekonomi negara.patutnya ditatang selalu |
|
|
|
|
|
|
|
racist......patut based on merit la bukan hisap tak hisap..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil calon yg tak tinggal solat.
|
|
|
|
|
|
|
|
cadangan yang bodoh.diskriminasi kepada perokok2! |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala bapak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kat terminal bandar tasik selatan tempat menunggu bas tu ade smoking room. sekarang bilik tu dah dijadikan stor je.lepas tu perokok semua bersidai kat kaki lima merokok. memang bang*ng pengurusan TBS tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul nak sekat hentikan jualan segala rokok seluruh negara, hentikan pengeluaran rokok...bangang punya orang...:zz |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. baru la dapat kurangkan rasuah dan ketirisan...
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus..................septtnya sudah lama dilaksanakan.......
yg marah2 tu mesti peokok tegar..padan muka...........
|
|
|
|
|
|
|
|
cehhhhh... kalo bosnya atau tokey company sendiri berasap acaner???
lagi ada hati mau amik org tak berasap kije..
btw, bos aku tak berasap |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan utk kerja gomen je... utk ahli politik sekali.
Mereka kan yg buat dasar, maka kena buat utk diri sendiri dulu... senaraikan la mana2 YB2 yg hisap rokok tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
bijan pink pon berasap...hahaha cigar made in cuba
|
|
|
|
|
|
|
|
Perokok adalah antara penyumbang terbesar cukai negara. |
|
|
|
|
|
|
|
doktor-doktor pun ramai merokok.. perempuan lagi.. apa kau nak buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh xda modal nk bg ucapan...asal boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Zambri Perak kena belajar ngan bijan la hisap cigar... baru pink
|
|
|
|
|
|
|
| |
|