oelh Adib Za
Pelbagai cara untuk mendapatkan kulit wajah yang licin, tanpa minyak dan flawless.
Salah satu cara yang sedang meletop di negara Jepun dan Korean Selatan kini ialah mencuci wajah dengan menggunakan air soda. What?
Berkesankah atau membuatkan kulit semakin teruk?
"Air berkarbonat memang dikhabarkan dapat melebarkan pembuluh darah, sehingga aliran oksigen dan nutrisi yang masuk ke dalam kulit akan lebih lancar." ujar pakar dermatologi, Dr Emily M. Wise.
"Cumanya masih belum ada penelitian yang dapat membuktikan kebenaran manfaat dari trending ini." tambahnya.
Namun, jika anda masih ingin mencubanya, tiada masalah. Caranya seperti di bawah:
1. Pilih air soda yang murni.
2. Dalam mangkuk, campurkan air soda dengan air bersih dengan nisbah 1:1.
3. Bersihkan wajah anda dengan air tersebut dan biarkan selama 10- 15 saat.
4. Lakukan sekali atau dua kali sahaja seminggu. - CARI
Sumber foto: Carian google
|