Ketika majlis sambutan 60 tahun perkahwinan mereka baru-baru ini, bekas Perdana Menteri ke empat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tampil menyampaikan sebuah "lagu sedih".
Video berdurasi 3 minit itu menjadi viral gara-gara aksi lawak spontan mereka ketika berduet menyanyikan lagu yang berjudul ‘Jangan ditanya ke mana aku pergi’, lagu nyanyian asal Kris Biantoro.
Lagu yang sepatutnya membuatkan para hadirin pasti menangis itu bertukar menjadi lawak gara-gara aksi comel Tun Siti mengusik suaminya ketika berduet mendendangkan lagu itu.
"Pandai dikau mempermainkan lidah.. Menjual madu di bibir nan marah.. Kubayar tunai dengan asmara..... Kiranya dikau racun di lara" nyanyi Tun Mahathir.
Namun ketika Tun Mahathir sedang mendendangkan bait-bait lirik lagu itu, Tun Siti sempat mencelah dengan menambah liriknya tersendiri iaitu "Kubayar tunai......dengan GST".
Tun Mahathir dan isteri sudah tidak asing lagi dengan sikap mereka yang bersahaja dan merupakan antara pasangan romantik yang menjadi idola ramai.
Tidak diketahui pula apakah maksud sebenar Tun M memilih untuk menyanyikan lagu ‘Jangan ditanya ke mana aku pergi’ ketika sambutan ulangtahun perkahwinan mereka.
Mungkin beliau cuba menunjukkan kekecewaan ke atas sebuah parti yang pernah dipimpin selama bertahun-tahun atau juga mungkin beliau sudah "merajuk" kerana setiap usaha gigihnya membangunkan negara sebelum ini bagaikan tidak dihargai. - CARI.