Kanak-kanak sememangnya merupakan insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu. Bagi mereka semua benda di dunia ini adalah istimewa dan mereka cuba berinteraksi dengan apa yang dilihat atau dijumpainya walau dengan apa cara sekali pun.
sumber foto: http://www.mirror.co.uk/
sumber foto: http://www.mirror.co.uk/
Di Missouri, Amerika Syarikat, seorang budak perempuan, Little Avery Morris yang berasal dari St Louis ketika mengunjung ke zoo, dalam masa yang singkat bukan sahaja berjaya berkawan dengan seekor anjing laut, malah mampu memberi arahan kepada anjing laut itu untuk membuat aksi berpusing-pusing di dalam air.
Orang ramai yang berada di sekitar itu rata-rata terhibur dengan apa yang berlaku.
Ketika itu, Morris dengan penuh rasa ingin tahu berdiri di depan dinding kaca akuarium menyaksikan hidupan laut yang berada di dalam akuarium.
Apabila dia menggerakan topi ayahnya, terdapat seekor anjing laut kelihatan seolah-olah tertarik dengan hayunan topi yang dilakukan Morris, dan mulai bermain dengan Morris sambil membuat aksi berpusing-pusing mengikut pergerakan tangan Morris.
Ayah kepada Morris teruja dengan apa yang disaksikan di depan matanya, sambil menjerit "sungguh luar biasa".
Menurut ayah Morris, anjing laut itu tiada sebarang respond apabila melihat budak perempuan yang lain.
Kemudian, apabila anaknya Morris kembali semula di depan dinding kaca akuarium itu, ketika sedang memikirkan samada betul ke tak anjing laut itu hanya berinteraksi dengan Morris. "Tanpa diduga memang betul rupanya.!"
Terjalinnya hubungan persahabatan yang semulajadi di antara Morris dengan anjing laut itu membuktikan pergaulan antara manusia dengan haiwan tiada batasan umurnya.- CARI