oleh Adib Za
Buat pasangan suami isteri, sebenarnya banyak bahagian lelaki yang sensitif dan boleh mendorong kepada meningkatkan ghairah mereka.
Opps, ini untuk suami isteri sahaja ya! Ramai yang hanya menganggap bahagian sulit suami sahaja yang boleh merangsang dirinya. Silap tu!
Salah satu cara membuatkan suami anda tak keruan ialah menyentuh tapak kakinya. Ini seperti yang diterangkan oleh Mark Michaels, penulis buku 'Partner in Passion: A guide to Great Sex, Emotional Intimacy and Long Term Love.
Sumber foto: Carian google
Katanya, lelaki memiliki konsentrasi lebih tinggi dan sensitif di bahagian saraf kakinya berbanding wanita.
Caranya: Lakukan urutan lembut pada bahagian kaki suami. Sapukan minyak agar urutan lebih lancar dan membuatnya rileks.
Urut setiap jari kakinya dan usap pada tapak kaki secara lembut. Ciumlah hujung kakinya juga. Aww! - CARI |