View: 1748|Reply: 2
|
Suami Kelar Leher Isteri Hampir Putus Akibat Cemburu
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/21/164221gr8q68v87w89rqkh.jpg)
sumber foto: http://okgist.com.ng/
Seorang wanita berumur 21 tahun didapati mati dikelar suaminya di sebuah hotel bajet di Taman Sentosa, Johor Baharu kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh, kejadian terbabit terbongkar apabila suaminya menyerah diri di Balai Polis Sentral kira-kira 5 petang semalam.
"Mayat wanita itu ditemui dengan keadaan leher yang hampir putus akibat dikelar dan kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain."
Tambah ACP Sulaiman Salleh, pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh itu turut ditemui di lokasi kejadian dan terdapat dua tikaman pada bahu dan dada mangsa.
Difahamkan suspek dan mangsa kedua-duanya berumur 21 tahun dan berasal dari Melaka.
Suspek terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan pernah bekerja sebagai tukang paip di Singapura, namun kini sedang menganggur. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tadi dah baca berita ni..
thread tu ada gambar,katil dgn darah..
thread wartawancari letak gambar pisau berdarah imej gugel..
low class sangat kualiti keje wartawancari..
malu la weiiiii, keje budget2 bagus tapi kualiti keje mcm budak xlepas pt3.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|