oleh Adib Za
Bagi anda yang tak tahan dengan makanan pedas, pasti tercungap-cungap dibuatnya selepas menikmati menu tersebut kan!
Pelbagai cara yang dilakukan untuk menghilangkan rasa pedas pada lidah, maklumlah terasa berapi-api dalam mulut ya.
Lupakan air sejuk, ais atau teh manis kerana ternyata susu adalah pilihan terbaik. Ini kerana susu mengandungi protein yang dapat menggantikan senyawa yang membuatkan tubuh terasa panas selepas mengambil menu yang mengandungi cili.
"Susu memiliki protein yang menghilangkan capsaicin pada reseptor lidah anda," ujar Profesor dari New Mexico State University Chile Pepper Institute, Paul Bosland.
Capsaicin ini boleh menempel pada lidah dan mulut meskipun anda telah mengunyah dan menelan cili. Ia juga menyebabkan badan terasa panas sehingga berpeluh dibuatnya.
Jadi, mulai hari ini jangan takut dengan makanan pedas dan bercili. Segera meneguk air susu, semua masalah pun selesai. Menarik tak? - CARI
Sumber foto: Carian google
|