oleh Adib Za
Dalam pelbagai fesyen terkini yang dipaparkan menerusi laman sosial, sebuah akaun Instagram yang bernama Fish Bra telah mendedikasi gambar para wanita dengan 'tangkapan' ikan mereka.
Bagi wanita yang gemar memancing, mereka pun tak terkecuali ingin bergambar selfie dan mengabadikan gambar dengan hasil tangkapan.
Bezanya, mereka menyuntik elemen seksi dengan menjadikan hasil tangkapan ikan berkenaan seolah-oleh bra atau pakaian dalam mereka. Hai, macam-macam.
Namun, itulah yang menjadi trending sekarang dan menerusi akaun Fish Bra itu, lambakan gambar wanita bergambar sedemikian dimuatnaik.
Asalnya, akaun Instagram itu dibuka untuk mempromosi perniagaan milik Tim Orsello yang membuat perkhidmatan bot dan perahu.
Namun, kini lain pula jadinya! Siapa sangka kan wanita bergambar dengan ikan pun akan menjadi trending. - CARI
|