|
Oleh : TS LOO
Seorang doktor yang menggelar dirinya Pakar Kanak-kanak telah memuat naik sebuah video berdurasi 26 saat yang bertajuk: "Tontonilah Kanak-kanak Diurut Sebelum Tidur", isi kandungan video sungguh menakutkan.
Setelah menyaksikan video tersebut, rata-rata netizen mengecam sekeras-kerasnya aksi doktor itu terlalu ganas ketika menjalankan rawatan.
Paparan video jelas kelihatan seorang doktor lelaki tanpa berhenti 'memutar' secara kasar bahagian kepala seorang kanak-kanak sebanyak hampir 20 kali dalam jangkamasa 10 saat.
Sepanjang proses tersebut, kanak-kanak itu kelihatan tidak berhenti menangis dan kepalanya tetap 'diputar' secara berterusan sampai kemerahan.
Paparan video itu, menyebabkan ramai netizen rasa takut dan bimbang. Sehinggakan ada yang bertanya, "Macam ini caranya, takkan nak putuskan kepala budak itu? "
Termasuk ada yang mengecam doktor itu sedang mendera kanak-kanak terbabit, selain curiga dengan pengalaman dan kelayakan doktor, ada juga menyelar ibu itu seorang yang bodoh.
Laporan berita Peng Bai, doktor Lee yang muncul dalam video itu berasal dari unit pemulihan hospital kesihatan kanak-kanak dan wanita di Wilayah Hubei. Walaupun berkelayakan tidak tinggi tapi mempunyai pengalaman lebih 30 tahun, dia berjaya lulus ujian dan memperoleh lesen perniagaan kedoktoran pada 2011.
Timbalan Pengarah hospital tersebut, Doktor Wang menjelaskan, cara rawatan tersebut adalah untuk merawat kecederaan saraf. Setiap kali rawatannya ambil masa seminit, barulah bahagian saraf pesakit terangsang, sekaligus fungsi seluruh badannya beransur dipulihkan.
Tambah Dr Wang, walaupun cara rawatan dipertikaikan, tetapi Dr Lee tidak pernah terima komplain. Menurut laporan, ibu tersebut pun tidak percaya pada awalnya, namun selepas mendapat nasihat seorang rakan, dia terpaksa mencuba kaedah itu.
"Sebenarnya melihat kedaan anak sebegini, saya pastilah rasa sedih, tetapi tiada cara lain, demi kebaikannya saya terpaksa merawatnya."
Selepas mendapat rawatan selama 8 bulan, ibu pesakit itu menyifatkan banyak perubahan yang berlaku kepada anaknya, dan kini boleh memijak lantai secara sempurna. - CARI |
|