oleh AdibZa
Penyanyi rap, Azealia Banks kembali mencari perhatian dengan mendakwa Taylor Swift dan juga Lady Gaga pernah menciplak ideanya untuk album mereka.
Banks menuduh Lady Gaga menerusi album Artpop sebagai mencuri ideanya. Menurut Banks, album daripada Lady Gaga itu mengikuti genre muziknya yang disebut sebagai Witch-Hop.
Manakala, tuduhan kepada Taylor Swift pula, Banks berkata salah satu karakter dalam video klip Bad Blood oleh Taylor juga mencuri ideanya.
Karakter Slay-Z yang dimainkan oleh Gigi Hadid dalam video itu adalah terinspirasi daripada Banks. "Slay-Z adalah nama panggilan yang diberikan oleh peminat kepada saya pada 2014," ujar Azealia Banks.
Dia kini juga mengumumkan untuk menjadi seorang penyanyi, daripada seorang rapper. - CARI
Sumber foto: Carian google
|