CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2778|Reply: 9

5 Perkara Wanita Suka Tapi Lelaki Kurang Gemar

[Copy link]
Post time 14-7-2016 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Perwatakan dan sikap antara lelaki dan wanita sudah tentunya berbeza walaupun mungkin ada segelintir yang mempunyai sifat-sifat yang berlawanan dengan gender.


Sebagai wanita yang sedang mencari pasangan atau merancang untuk berkahwin, sangat penting untuk anda mengetahui apa yang disukai dan apa yang kurang digemari oleh kebanyakan golongan lelaki.


Berikut merupakan antara perkara-perkara yang kurang digemari oleh lelaki, walaupun bukan semua dalam kalangan lelaki yang tidak suka tetapi majority mengatakan YES I DON'T LIKE IT.


1. Menonton Drama Bersiri yang Romantik
Kebanyakan lelaki kurang berminat untuk menonton drama bersiri lebih – lebih lagi cerita yang romantik, kalau anime bolehlah. Kebanyakan perempuan amat suka menonton cerita yang berunsurkan romantic atau percintaan lebih-lebih lagi cerita Korea.


2. Membaca Novel Romantis
Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengar lagu - lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan seperti komik ( lebih kepada gambar, senang nak faham.






3. Bergosip
Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, tidak semua lelaki sedemikian, kalau berkumpul dengan kawan-kawan pun mesti bercerita mengenai perkara-perkara yang lebih kepada hobi. Sebaliknya wanita pula suka bercerita mengenai orang lain tanpa tahu kepastiannya.


4. Ambil Berat Penampilan
Sebahagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori itu sudah memadai. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap.


5. Bermain Bersama Anak Kecil
Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya.






Penting ke nak tahu lelaki suka ke tidak? kisah? Ya sememangnya anda perlu kisah jika anda benar-benar cinta kan seseorang. Anda perlu tahu apa yang disukai dan kurang digemari olehnya. Bila dah tahu perkara-perkara yang kurang digemari, janganlah terlalu "over" membuat apa yang tidak disukai oleh golongan ini hingga mereka rasa terabai. Contohnya make up sampai berjam-jam dan 24 jam mengumpat saja. - CARI








Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 05:16 PM | Show all posts
1&2 betul...
yg lain aku ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 05:45 PM | Show all posts
2, 3, 4 & 5 betul
yang lain saya ok sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bende ni? aku x setuju.Aku anti kisah cinta romantis,aku x gosip sgt sbb dosa, aku,aku benci budak.Bila diorang tak buat pe’ea je,aku suka.Tapi mostly aku bnci sbb mengada.


Ok..yg jaga pnmpilan tu aku okay.Tapi ada yg ayat aku x setuju- ambil masa bersiap?Hello.Aku siap x sampai setengah jam.Mandi lima minit.Sarung baju, kain -seluar panjang so naik spedar tak nmpk aurat.- pakai gincu..15 minit je...

ygsetengah jm tu,mekap lebeh..Aku x fhm asal org len blh mndi 10-15 minit. Dammit!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
aku persn,mesti ada artikel beza jantina.Hello,sifat org tu based on keadaan dia  besar jugak..Mcm bru2, ni dengo manis.fm, topik sapa lbih perasan,laki ke perempuan.Alahaii apa ke pehenya.Sape2 x kira betina ke jantan yg dilyn bak kekasih,akan perasan.GENERALISE PLEASE.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:36 PM | Show all posts
shopping x masuk list ke..
lelaki kan x mampu nk menjelajah kedai ke kedai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2016 12:16 AM | Show all posts
Adik I layan je cerita2 melayu drama sampah pukul 7 dan asteruk..kadang2 baca jugak novel romantis.
Heran betul.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:53 PM | Show all posts
emmmm lelaki kalu bergossip mengumpat pun kalah ppuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 10:36 AM | Show all posts
setuju la jugak.. tapi laki skg pun buat benda yg sm kecuali baca novel & bergosip.. mungkin ada tp tak ketara sgt kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:01 AM | Show all posts
lelaki suka bergossip sesama sendiri jer, lagi dahsyat kot.. kalu ppuan bukak topik brgosip tiba2 buat muka xsuka bergosip lak hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.215430 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list