CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 15

Kren Tumbang Makkah, Jangan Terlalu Harapkan Janji Pampasan- Datuk Dr Asyraf Waj

[Copy link]
Post time 8-7-2016 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO







Jangan terlalu berharap dengan janji pampasan yang diumumkan Kerajaan Arab Saudi berhubung tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah pada September tahun lalu.


Demikian nasihat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada keluarga mangsa terbabit ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di kediaman keluarganya di Taman Guru semalam.


Jelas beliau, janji yang dibuat kerajaan negara itu tidak disertakan perjanjian hitam putih dan kerajaan difahamkan kes berhubung kren tumbang itu sedang dibicarakan di mahkamah Arab Saudi bagi menentukan siapa yang bersalah.


"Berhubung pampasan yang dijanjikan kepada keluarga atau waris mangsa yang cedera dan maut, hingga kini kita belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu."

"Ini kerana saya banyak menerima laporan mengatakan berlaku pertelingkahan dalam keluarga mangsa yang mula membahagikan harta pusaka dengan jumlah sumbangan yang dijanjikan itu."




Sebelum ini, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan mengarahkan pemberian wang pampasan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan sebanyak SR1 juta.


Wang itu akan diberikan kepada keluarga setiap mangsa terkorban dan cedera serta mengalami kecacatan kekal akibat insiden itu.


Sementara mereka yang mengalami cedera akan diberikan pampasan SR500,000. Dalam tragedi itu pada 11 September tahun lalu mengorbankan lebih 100 jemaah dari seluruh dunia termasuk tujuh dari Malaysia.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Blom dpt pampasan dh bergado rebut harta...mampos gini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 11:10 AM | Show all posts
lambat la reporter ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jcja82 replied at 8-7-2016 11:06 AM
Blom dpt pampasan dh bergado rebut harta...mampos gini...

Kau baru tau ke?.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 02:06 PM | Show all posts

nangis mak ayah dalam kubur tengok anak2 bergasak pasal harta pusaka dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la kan sebab leluhur tamak dan hadap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hendak instant cash kenapa tidak sue saja?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Islamik nya the way of life diorg ni...

Penat je korang tonggang tonggek 5 waktu tup2 berebut dunawi.

Tertekan dgn ekonomi semasa akibat dr Jibby ke sis???
Cashhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 04:45 PM | Show all posts
aku rasa duit pampasan sudah kena klepet tu yg keluar statement gini.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 04:53 PM | Show all posts
dah nama pun janji.hukum mengingkari janji tu apa?kalo tak jgn berjanji. anak2 bergasak tu..lain hal laaa.ke duit dah  kena songlap jugee
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji arab
Atau orang tengah lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 08:03 PM | Show all posts
pasai duit pon gado......kesian....

cuba jadik macam mangsa dari mana tah....tolak pampasan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 10:21 PM | Show all posts
besar dugaan tu......
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
OmJualGas replied at 8-7-2016 05:02 PM
Janji arab  
Atau orang tengah lagi ni


Mungkin jadi macam pampasan jepun bayar untuk buruh yang dipaksa bina rel zaman penjajahan jepun tu..bayar untuk kerajaan k..bukan bayar pada buruh yang dipaksa tu..jangan salah paham..haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn berharap sgt, duit dh dikebas org atasan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 02:48 PM | Show all posts
Dah dapat pampasan ker belum ?

seronok jugak baca sejarah ni...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064145 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list