|
oleh Adib ZA
Kenangan membeli kasut raya dahulu memang sangat sentimental. Maklumlah dulu bukan semua senang dan mewah seperti sekarang.
Ada yang sampai mengukur saiz kasut menggunakan tali rafia, ada juga yang menggunakan selipar sahaja dan sebagainya.
Seperti yang dikongsi oleh netizen ini, melalui blog hoksengoti.com, dia menceritakan bagaimana pengalamannya memakai kasut sekolah ketika hari raya.
Memori sangat...jom baca.
Melewati bahagian kasut dan selipar, melihat ibu bapa sedang membantu anak-anak memilih selipar, tiba-tiba hati terdetik dan terkenang zaman kanak-kanak. Yelah penghujung tahun 80- an dan awal 90- an dulu kan, rasanya ramai dari kalangan kita yang belum lahir kot.
Dua kenangan yang tak kan Imanshah lupakan sampai sekarang ialah apabila tibanya hari raya, kami tidak dibawa bersama ke pekan untuk membeli pakaian raya. Kereta pun tak ada. Nak naik bas, lama pulak menunggu, lalu mereka berdua pergi naik motor je.
Dan ayah akan ukur kaki Imanshah dengan tali rafia dan membeli selipar dengan ukuran tali rafia. Tak kisahlah cantik ke, selipar biasa ke, atau selipar jepun ke, Imanshah terima sahaja dengan hati terbuka. Alhamdulillah, ada juga selipar baru.
Yang ke dua, pernah satu tahun raya puasa jatuh bulan Disember. Kami adik beradik ramai. Mana nak beli baju raya, mana nak beli baju sekolah. Akhirnya ayah belikan kasut sekolah untuk dibuat beraya.
Boleh pakai buat sekolah sekali. Pun Imanshah terima, dan rasanya semua orang menerima waktu tersebut. Dan pada hari raya pakailah kami adik beradik kasut sekolah. Dan kami tetap bahagia walaupun ramai orang tengok kaki kami bila berjalan ke rumah jiran dan orang kampung. Alhamdulillah syukur sebab kami tahu ayah dan mak tak mampu. - CARI
Sumber asal: Hoksengoti.com |
|