CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3004|Reply: 0

Nikmati Jus Kurma Bukan Sahaja Pada Bulan Ramadan Tapi Setiap Hari

[Copy link]
Post time 28-6-2016 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Umum mengetahui kurma sangat bagus untuk kesihatan dalaman. Lagi-lagi jika dapat makan kurma Nabi iaitu kurma ajwa yang paling disukai oleh Nabi. Sebenarnya jus kurma ini, jika zaman nenek moyang kita, mereka sudahpun mengamalkannya.

Seperti penulis sendiri, jus kurma tanpa susu sudah jadi minuman yang wajib diminum hari-hari, disediakan oleh nenek.



Tetapi hari ini, ramai yang suka minum jus kurma yang dicampur dengan susu. Lebih manis dan enak dinikmati. Tidak kisahlah bagaimana cara anda buat, anda tetap mendapat khasiat dengan kurma ini.

Penulis kongsikan dua cara untuk sediakan jus kurma. Tetapi, jika anda nak tambah aiskrim, coklat dan sebagainya pun boleh. Pelbagaikan ikut citarasa anda ya. Amalkan minum jus kurma selalu untuk awet muda tau!




1) Jus Kurma Biasa  
2) Jus Kurma Susu  



Jus Kurma

Bahan-bahan :

7 biji kurma, buang bijinya (ambil bilangan kurma secara ganjil)
Air minum secukupnya
Beberapa ketul gula batu (jika tak mahu campurkan pun boleh)
Nak tambahkan kismis pun boleh
Ais

Cara-cara penyediaan:


1) Rendam kurma yang sudah dibuang bijinya semalaman atau rebuskan kurma.

2) Setelah warna air kurma kehitaman atau coklat, bolehlah campurkan dengan gula batu.

3) Letakkan ais atau simpan dalam peti.  



Jus Kurma Susu

Bahan-bahan :

7 biji kurma, buang bijinya (ambil bilangan kurma secara ganjil)
Air minum secukupnya
2 sudu susu cair/pekat manis
Ais

Cara-cara penyediaan :

1) Rendam kurma yang sudah dibuang bijinya semalaman atau rebuskan kurma.

2) Kisarkan kurma bersama susu dan ais.

3) Simpan dalam peti atau boleh terus hidang.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.323640 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list