|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://images.performgroup.com/
Itali berjaya membalas dendam kekalahan di final Euro 2012 apabila menewaskan Sepanyol 2-0 pada pusingan 16 terbaik yang berlangsung di Stade de France, Saint Denis, sebentar tadi.
Gol pada setiap babak oleh pertahanan tengah, Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle di hujung babak kedua sudah cukup buat anak buah Antonio Conte membenam skuad Vicente Del Bosque sekali gus menempah slot ke suku akhir bertemu juara dunia, Jerman di Bordeaux, Ahad ini.
Namun, Sepanyol harus berterima kasih di atas ketangkasan penjaga gawangnya, David de Gea yang banyak menyelamatkan beberapa percubaan bahaya sekali gus mengelakkan mereka tewas dengan jaringan besar. CARI
Keputusan Terkini:
Itali 2 Sepanyol 0
sumber info: www.republika.co.id
|
|