View: 3154|Reply: 5
|
Tersangkut Kepala Di Tempat Duduk Tandas, Bapa Terpaksa Guna Gergaji
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Alahai kasihannya dengan si kecil ini bila kepalanya tersangkut dengan tempat duduk tandas khas kanak-kanak.
Tayla Bate yang berusia dua tahun kini dalam keadaan trauma selepas kepalanya tersangkut lebih kurang setengah jam di tempat duduk tandas itu.
Menurut ibunya, Melissa dia sedang memandikan Tayla sebelum keluar sebentar dari bilik air untuk mengambil pyjamas yang ingin dibersihkan.
Selepas kembali, dia mendapati anaknya telah pun tersangkut kepalanya pada tempat duduk tandas, namun menyangka ia akan dicabut dengan mudah.
Namun selepas gagal untuk menanggalkannya, Tayla kelihatan sangat takut dan mula menangis tanpa henti.
"Ia benar-benar membuatkan Tayla berasa takut dan trauma. Kami tiada pilihan lain selain cuba menggergaji tempat duduk tandas itu.
"Selepas bapanya Nike berjaya menggergaji alat itu, Tayla ternyata berasa lebih lega dan tanpa henti berterima kasih kepada bapanya sehingga keesokan hari," ujar Melissa. - CARI
Sumber: Mirror UK
|
|
|
|
|
|
|
|
"Selepas bapanya Nike berjaya menggergaji alat itu, Tayla ternyata berasa lebih lega dan tanpa henti berterima kasih kepada bapanya sehingga keesokan hari," ujar Melissa
pandainya, dua tahun ucap terima kasih bagai....
camana la ko bole tersangkut dekk... |
|
|
|
|
|
|
|
Bueh bebeno lettew |
|
|
|
|
|
|
|
ni mst nk tgk air berpusar bile flush hehe sbb anak minah mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib abahnya cepat bertindak tak perlu le panggil abam bomba tolong bantu |
|
|
|
|
|
|
|
lawak plak dik |
|
|
|
|
|
|
| |
|