Kisah kucing dan pemuzik jalanan yang juga penagih dadah ini membawa kepada suatu keajaiban.
Siapa sangka dengan kehadiran seekor kucing biasa mampu mengubah hidup seseorang.
Kehidupan James Bowen mula berubah sepenuhnya setelah dia menolong seekor kucing jalanan yang tercedera di bahagian kaki. Kucing yang diberi nama Bob itu dibawa ke doktor haiwan dan setelah sembuh, Bob sentiasa mengekori James walau ke mana beliau pergi.
James merupakan seorang pemuzik jalanan dan Bob akan sentiasa menemani beliau bermain muzik sebagai sumber pendapatannya. Kehadiran Bob menyebabkan ramai yang tertarik untuk datang mengelilingi dan mendekati Bob dan pendapatan James dikatakan semakin meningkat.
Bukan itu sahaja, James juga merupakan seorang penagih dadah dan akhirnya insaf setelah Bob muncul ke dalam hidup beliau. Persahabatannya dengan Bob benar-benar mengubah kehidupan James.
James Bowen bersama kucing jalanannya Bob kini semakin dikenali oleh orang ramai, bahkan di seluruh sosial media rancak bercerita mengenai kisah James dan kucingnya.
Bukan itu sahaja, penjualan buku yang mengisahkan perjalanan hidupnya bersama Bob yang ditulis sendiri oleh beliau dikatakan sangat laris di pasaran hingga menjadi sebagai buku terbitan “Best Seller” dan terjual lebih 1 juta.
Kini James Bowen dan Bob menjadi semakin 'laris' serta sering menjadi tumpuan media. Namun, menurut sumber, walaupun mereka kini sudah kaya tetapi James tidak akan sesekali lupa daratan. - CARI Infonet
harap masuk malaysia ler .... dalam filem tu ... Bob sendiri yang berlakon sebab kucing lain tak dapat menyamai seperti Bob .... baca ler bukunya best ... sebak pun ada ... sebab James Bowen dalam mod rehab ...